The Masked Singer Musim ke 4
The Masked Singer 4: 15 Maskot Bertanding, Pertama Kali Format Live, Semak Juga Barisan Juri…
Program pertandingan nyanyian misteri, ‘The Masked Singer’ bakal kembali beraksi dengan musim keempat dan buat julung kalinya bersiaran secara langsung setiap Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9 malam di Astro Warna.
BERITA TRENDING:All Stars Gegar Vaganza: Angkut Semua 8 Bintang Ke Axiata Arena, Jaga-Jaga Finalis Ada Tiga Tugasan!
‘The Masked Singer’ musim keempat bakal menampilkan 15 orang barisan selebriti terkemuka negara dari pelbagai cabang seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi.
Selain itu, menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Idlan Zahari, kostum-kostum yang diperagakan oleh 15 orang peserta adalah berdasarkan ‘hidden gems’ negara Malaysia seperti flora dan fauna serta makanan tempatan hasil rekaan Akma Suriati Awang dan Syomirizwa Gupta.
15 Orang selebriti berkenaan akan memperagakan 14 kostum unik iaitu Musang, Sang Kancil, Putera Katak, Mat Helang, Abang Jagung, Roti John, Bawang Putih, Kak Cat, Ikan Emas, Teratai, Bunga Matahari, Pom Pom Kin, Biskut Aiskrim dan sepasang duo Cili Padi di pentas ‘The Masked Singer Malaysia’.
Dalam pada itu, penjurian musim keempat ‘The Masked Singer’ mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan 20% selebihnya adalah menerusi penonton.
Barisan-barisan juri pula terdiri daripada sembilan selebriti terkenal tanah air iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Zizan Razak, Nabila Huda, Angah Raja Lawak, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad dan Michael Ang serta pengacara yang sama dari tiga musim lalu, iaitu Datuk AC Mizal.
Bakal berlangsung selama 10 minggu dan dijalankan di CIBD Convention Center Kuala Lumpur, para pelanggan Astro boleh menyaksikan musim baharu ‘The Masked Singer’ pada setiap Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.