Skip to main content

“Rupa-Rupanya Setiap Kali Dia Pergi Mahkamah, Dia Pakai Tali Leher Yang Saya Hadiahkan” – Bella Astillah

“Rupa-Rupanya Setiap Kali Dia Pergi Mahkamah, Dia Pakai Tali Leher Yang Saya Hadiahkan” – Bella Astillah

Sekilas

  • Bella Astillah berkongsi bahawa tunangnya, Syed Saddiq, sentiasa memakai tali leher hadiah daripadanya setiap kali menghadiri prosiding mahkamah.
  • Bella baru sedar perkara itu selepas menonton semula rakaman video dan tidak pernah berbincang tentang tali leher tersebut dengan Syed Saddiq sebelum ini.
  • Mereka bertunang pada 28 Mac lalu, dan Bella turut berkongsi kisah membeli tali leher tersebut dari Brunei dan Sarawak semasa sesi siaran langsung di TikTok.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsi cerita apabila baru menyedari tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sentiasa memakai tali leher yang dihadiahkannya setiap kali menghadiri prosiding mahkamah.

Perkara itu didedahkan Bella menerusi sesi siaran langsung di TikTok bersama peminat, malam tadi.

“Setiap kali YB pergi mahkamah, kalau korang perasan cantik tak tali leher dia?

“Saya baru perasan. Kalau korang nak tahu, saya hargai sangat,” katanya.

Menurut Bella, dia sendiri tidak pernah berbincang mengenai perkara tersebut dengan Syed Saddiq sehingga menyedari perkara itu selepas menonton semula beberapa rakaman video.

“Saya pun tak cakap dengan dia lagi. Rupa-rupanya setiap kali dia pergi mahkamah, dia pakai tali leher yang saya hadiahkan. Saya baru tahu.

“Patutlah dia selalu tanya, ‘Cantik tak tali leher ini?’ Sebab saya dah lupa,” ujarnya.

Pelantun lagu Lebih Indah Berpisah itu berkata, selepas menyedari perkara tersebut, dia terus mengimbas semula video-video lama yang memaparkan penampilan Syed Saddiq ketika hadir ke mahkamah.

“Baru saya tengok balik video-video dia.

“Saya cakap dekat mak saya, ‘Yang ini saya beli dekat Brunei, yang ini saya beli dekat Sarawak’,” katanya.

Untuk info, Bella yang juga penyampai radio Era FM mengikat tali pertunangan dengan Syed Saddiq pada 28 Mac lalu.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

SEJADAH SAKINAH AS PRAYER MATS V2

SEJADAH SAKINAH AS PRAYER MATS V2

【Mebraties】Women Pajamas baju tidur wanita seksi Camisole+Shorts Set Plus size sexy dewasa Sleepwear murah pyjamas

【Mebraties】Women Pajamas baju tidur wanita seksi Camisole+Shorts Set Plus size sexy dewasa Sleepwear murah pyjamas

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

naelofar Samira Slim Sejadah

naelofar Samira Slim Sejadah

Must Watch Video

Advertisement