Skip to main content

Selebriti

Ryzal Ibrahim Kongsi Pandangan Cinta Beza Agama - "Jangan Letakkan Harapan..."

Ryzal Ibrahim Kongsi Pandangan Cinta Beza Agama - "Jangan Letakkan Harapan..."

Sekilas

  • Ryzal Ibrahim berkongsi pandangan tentang cinta beza agama dengan menekankan bahawa hidayah adalah milik Allah dan niat yang baik penting dalam mengenali seseorang.
  • Beliau menasihati supaya sentiasa menunjukkan akhlak dan peribadi seorang muslim yang baik dalam hubungan.
  • Ryzal berkahwin dengan Maryam Durian Kimchi yang memeluk Islam sebelum perkahwinan mereka dan kini dikurniakan dua cahaya mata.
Advertisement

Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim berkongsi pandangannya selepas seorang netizen bertanyakan pendapat pada umum mengenai cinta beza agama.

Ryzal atau nama penuhnya Nik Muhammad Ryzal Ibrahim berkata hidayah itu adalah hak milik Allah dan setiap individu perlu sentiasa perbetulkan niat ketika mengenali seseorang.

Advertisement

"Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Kita manusia hanya mampu berusaha. Teruskan berkawan dengan niat baik, jangan letakkan harapan,"tulisnya di Threads.

Suami kepada pelakon, Maryam Durian Kimchi itu turut menasihati agar sentiasa menunjukkan akhlak dan peribadi seorang muslim yang baik.

"Dalam masa sama, tunjukkan sifat seorang muslim yang baik. Dengan izinNya, siapa tahu Allah jadikan iman dia lebih hebat daripada kita," ujarnya.

Sekadar rekod, Ryzal mendirikan rumah tangga bersama Maryam yang berasal dari Korea Selatan pada 15 Ogos 2019.

Maryam bagaimanapun telah memeluk islam sebelum bernikah dengan Ryzal.

Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nik You Rina dan Nik You Rian.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement