Skip to main content

Sambut Hari Jadi Ke-34, Wawa Zainal; "Saya Dah Tak Nak Kejar Apa-Apa Lagi"

Astro Gempak wawa birthday

Sekilas

  • Wawa Zainal berkongsi impian terbesar dalam hidupnya adalah menjadi isteri yang terbaik untuk suaminya, Aeril Zafrel, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-34.
  • Wawa sangat bersyukur dengan kehidupan yang dimiliki sekarang, termasuk suami dan empat anaknya, serta berharap kebahagiaan dan rezeki yang ada berpanjangan.
  • Wawa juga mengakui keinginan untuk menambah cahaya mata masih ada, namun bukan dalam masa terdekat.
Advertisement

Usahawan dan pelakon Wawa Zainal berkongsi impian paling besar dalam hidupnya ketika meraikan ulang tahun kelahiran ke-34 pada 12 Mac lalu.

Bagi Wawa, hadiah paling bermakna buat dirinya bukanlah sesuatu yang bersifat material, sebaliknya keinginan untuk menjadi isteri yang terbaik buat suaminya, Aeril Zafrel.

Advertisement

Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, perjalanan sebagai isteri, ibu dan wanita berkerjaya membuatkan dirinya sentiasa berusaha memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

"Hadiah untuk diri sendiri, saya nak menjadi isteri yang baik untuk Aeril. Belum menjadi isteri sempurna, tetapi insya-Allah. Doakan, saya pun masih belajar lagi.

"Untuk jadi isteri sempurna, untuk menjadi hamba Allah yang taat juga. Memang masih belajar ke arah itu," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan sambutan hari jadinya di Teratak Amandari Kajang, baru-baru ini.

Advertisement

Berkongsi tentang kehidupan yang dilaluinya kini, Wawa mengakui dia sangat bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan dalam hidupnya.

"MasyaAllah, saya rasa macam semua sudah dapat, Alhamdulillah. Apapun, saya bukan riak tetapi sekadar bersyukur sangat-sangat. Hari-hari saya memang memanjatkan kesyukuran.

"Sebab, saya dipinjamkan oleh Allah semua ini. Saya nak supaya kesihatan dipanjangkan, sentiasa berada dalam keadaan baik serta dipinjamkan juga kebahagiaan berterusan yang saya rasa sekarang ini.

"Saya selalu berdoa, 'Ya Allah semoga kebahagiaan ini, kecukupan ini dan memperoleh kesempurnaan sebab saya ada suami yang baik, ada anak-anak yang baik juga, maka saya rasa sempurnalah pada diri.

"Semoga Allah panjangkan sahaja. Hari-hari doa supaya dipanjangkanlah rezeki ini. Saya dah tak ada lagi nak rasa macam mahu capai benda lain ke, sudah tak ada dah. Hanya berharap, cuma apa yang saya ada sekarang ini berpanjangan," jelasnya.

Dalam pada itu, Wawa turut mengakui keinginan untuk menambah cahaya mata masih ada, namun bukan dalam masa terdekat.

"Insya-Allah (nak tambah anak), itu juga antara salah satu impian saya yang belum terlaksana. InsyaAllah doakan. Tapi, mungkin bukan dalam masa terdekat. Tunggu dulu," katanya.

Untuk rekod, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga secara rahsia pada 25 Februari 2012 sebelum mengumumkannya kepada umum pada 4 Februari 2013.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Sofia dan Muhammad Fahri.

Anda mungkin berminat dengan

[READY STOCK] 5070#Women's Pants High Quality/Underwear underpants/ seluar dalam perempuan cotton/纯棉女内裤束紧臀部

[READY STOCK] 5070#Women's Pants High Quality/Underwear underpants/ seluar dalam perempuan cotton/纯棉女内裤束紧臀部

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

888.CO Unisex Adult The Best Ever Round Neck Plain Microfiber T-Shirt Jersey T Shirt (Anti-Bacteria) Mixed Color 1

888.CO Unisex Adult The Best Ever Round Neck Plain Microfiber T-Shirt Jersey T Shirt (Anti-Bacteria) Mixed Color 1

JOGER TRACKPANTS LONG PANTS, NEWEST DESIGN AND FREE SHIPPING, DAILY SPORT JOGER PANTS

JOGER TRACKPANTS LONG PANTS, NEWEST DESIGN AND FREE SHIPPING, DAILY SPORT JOGER PANTS

Puma Unisex Scend Pro 2 Running Shoes - Puma White-Glowing Red 31077909

Puma Unisex Scend Pro 2 Running Shoes - Puma White-Glowing Red 31077909

Must Watch Video

Advertisement