Skip to main content

"Saya Bermula Di Sini, Saya Juga Mengakhirinya Di Sini" - Neymar

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Neymar memberi bayangan perlawanan menentang Norway mungkin adalah yang terakhir bersama skuad kebangsaan Brazil selepas kekalahan 2-1 di Piala Dunia FIFA 2026.
  • Penyerang berusia 34 tahun itu menjaringkan gol penalti pada masa kecederaan tetapi gagal elak Brazil tersingkir awal, satu pencapaian terburuk sejak 1990.
  • Jika benar bersara, Neymar akan menamatkan karier antarabangsa dengan 80 gol dan 58 bantuan jaringan dalam 130 penampilan bersama Brazil.
Advertisement

Bintang Brazil, Neymar, memberi bayangan bahawa beliau mungkin telah mengharungi perlawanan terakhir bersama skuad kebangsaan selepas kekalahan mengejut 2-1 kepada Norway dalam pusingan 16 Piala Dunia FIFA 2026.

Penyerang berusia 34 tahun itu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan, namun gagal menghalang Brazil daripada tersingkir di tangan Norway yang mara ke suku akhir hasil dua gol oleh Erling Haaland.

Advertisement

Kekalahan itu sekali gus melanjutkan penantian Brazil untuk merangkul gelaran Piala Dunia keenam dan merupakan pencapaian terburuk pasukan itu dalam kejohanan berkenaan sejak edisi 1990.

Bercakap ringkas selepas perlawanan dengan penganalisis saluran ge tv, Bruno Formiga, Neymar seolah-olah mengesahkan bahawa perjalanan karier antarabangsanya sudah berakhir.

“Saya sudah mencuba, saya sudah mencuba... Kini ia sudah berakhir. Saya bermula di sini, saya juga mengakhirinya di sini,” katanya.

Advertisement

Kenyataan itu merujuk kepada stadium di New Jersey yang turut menjadi lokasi beliau membuat penampilan sulung bersama Brazil dalam perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat pada 2010.

Neymar dilihat tidak dapat menahan sebak selepas tamat perlawanan ketika pemain-pemain Brazil bergelut menerima hakikat tersingkir lebih awal daripada kejohanan.

Jika Neymar mengesahkan persaraan di peringkat antarabangsa, beliau akan menamatkan karier bersama Brazil dengan rekod 80 gol dan 58 bantuan jaringan dalam 130 penampilan.

Sepanjang kariernya, Neymar memenangi pelbagai kejuaraan di peringkat kelab, namun satu-satunya trofi utama yang diraih bersama skuad senior Brazil ialah Piala Konfederasi FIFA 2013.

Brazil kini berdepan tempoh kemarau kejuaraan Piala Dunia yang semakin panjang. Menjelang edisi 2030, negara itu akan mencatat 28 tahun tanpa menjulang trofi sejak kali terakhir muncul juara pada 2002.

Masa depan Neymar bersama skuad kebangsaan kini menjadi tanda tanya, namun kenyataan emosinya selepas kekalahan kepada Norway memberi petunjuk bahawa tirai karier antarabangsanya mungkin sudah hampir ditutup.

Anda mungkin berminat dengan

Yonex Unisex Skill6 Badminton Shoe (SKILL6-MBLNLM) Sport Planet 63-04

Yonex Unisex Skill6 Badminton Shoe (SKILL6-MBLNLM) Sport Planet 63-04

ELGINI E16213 Seluar Yoga Pinggang Tinggi S-XXL | High-Waist Yoga Pants

ELGINI E16213 Seluar Yoga Pinggang Tinggi S-XXL | High-Waist Yoga Pants

Borussia Dortmund 24/25 Cup Jersey

Borussia Dortmund 24/25 Cup Jersey

YONEX Match Plus Sport Socks SSM-1293-MP7-SR | Cushion Support | Antibacterial | 100% Original

YONEX Match Plus Sport Socks SSM-1293-MP7-SR | Cushion Support | Antibacterial | 100% Original

JDEN Fitness Unisex Quick Dry Shorts Running/Gym/Marathon/Training - Seluar Pendek Sports Sukan

JDEN Fitness Unisex Quick Dry Shorts Running/Gym/Marathon/Training - Seluar Pendek Sports Sukan

BUM - 3 Pair Ankle Socks (BSG1016AB) FIFA WORLD CUP 2026 LIMITED EDITION Best Buy

BUM - 3 Pair Ankle Socks (BSG1016AB) FIFA WORLD CUP 2026 LIMITED EDITION Best Buy

Must Watch Video

Advertisement