Skip to main content

Selebriti

"Saya Hidup Memang Untuk..." - Abby Abadi

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Abby Abadi menafikan dakwaan bahawa dia jarang berkongsi hal peribadi dan menjelaskan dia sering menghadapi kerenah manusia tetapi memilih untuk berdiam diri demi anak-anaknya.
  • Dia menegaskan hidupnya fokus untuk memastikan kebajikan anak-anak terjaga dengan menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal yang selesa walaupun kos sara hidup di Kuala Lumpur tinggi.
  • Abby juga berkongsi bahawa tanggungjawab menjaga anak-anak kini menjadi keutamaannya selepas kehilangan ibu bapa, dan dia sentiasa berlaku adil serta menjaga mereka dengan baik tanpa mengabaikan sesiapa.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi menafikan bahawa dirinya tidak kerap berkongsi mengenai perihal peribadi pada umum sebelum ini.

Menerusi Threads, Abby berkata bahawa dia telah berdepan pelbagai kerenah manusia serta  diperlakukan seperti sampah.

Advertisement

Namun begitu, dia tetap memilih untuk terus berdiam diri dan meneruskan kehidupannya sambil memikirkan tentang kebajikan anak-anaknya.

"Sedapnya orang berkata-kata. Mana ada saya rajin kongsi hal dalam kain selama ini. Tiada apa pun saya kongsi. Kalau saya jenis macam itu, tiadalah semua baik-baik sahaja bertahun-tahun kan? Saya telan sahaja segala perangai manusia di dalam dunia ini. 

"Walaupun diperlakukan macam sampah pun, saya diam dan jalan terus sahaja. Siang malam fikir macam mana nak cari rezeki dan nak bagi kehidupan yang selesa pada anak-anak. 

"Selalu fikir sama ada cukup makan dan pakaian, rumah selesa, bilik seorang satu. Kuala Lumpur ini kos sara hidup tinggi. Tak pernah ya anak-anak saya kelaparan dan merempat," tulisnya.

Ahli kumpulan Elite itu turut berkata bahawa hidupnya hanya memikirkan tentang anak-anak dan sentiasa berlaku adil kepada semua anak-anaknya. 

"Saya hidup memang untuk anak-anak sahaja selama hari ini. Kalau dulu masa arwah mak ayah ada, untuk mereka juga lah rezeki saya.  

"Sekarang, bila mereka sudah tiada, memang mmg anak-anak tanggungjawab saya. Tak percaya tanyalah org sekeliling saya. 

"Sambut hari jadi anak-anak dah jadi acara rasmi. Macam mana saya jaga anak-anak kecil yang ada sekarang, macam itulah saya jaga yang dah besar-besar itu dulu. Baju semua sama, makan ikut selera mereka. Tak pernah terbiar tanpa penjaga. Boleh bayang tak keadaan ini? Toksiknya dimana?," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Must Watch Video

Advertisement