Skip to main content

Selebriti

“Saya Keluar Hospital Sebab Kena Kerja…” - Awie

ASTROGEMPAK Awie

Sekilas

  • Awie masih belum pulih sepenuhnya daripada bronkitis ketika menjayakan showcase Wings Sunday Night Live di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.
  • Walaupun dalam keadaan kurang sihat dan dipantau doktor, Awie berjaya memberikan persembahan yang lancar demi komitmen kerja.
  • Siri showcase ini akan diteruskan di Hard Rock Cafe Melaka pada 12 Julai, memperkenalkan lagu-lagu baru Wings kepada peminat di selatan tanah air.

Vokalis legenda, Awie, mengakui berdepan cabaran apabila beliau masih belum pulih sepenuhnya daripada penyakit bronkitis ketika menjayakan showcase Wings Sunday Night Live di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, pada Ahad.

 

Menurut Awie, keadaan kesihatannya pada awalnya menimbulkan kebimbangan sama ada beliau mampu memberikan persembahan terbaik kepada peminat.

 

“Saya keluar hospital sebab saya kena kerja. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar malam ini. Walaupun baru minggu lepas saya terpaksa ke Terengganu dan Kelantan, sekembalinya dari sana saya sepatutnya masuk semula ke wad. 

 

“Namun, saya hanya pergi mengambil rawatan nebulizer dan merujuk semula kepada doktor. Buat masa ini, saya dipantau oleh tiga hingga empat orang doktor dan bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan,” katanya ketika ditemui media selepas showcase berkenaan.

 

Mengulas lanjut mengenai risikonya, Awie berkata masalah jangkitan paru-paru yang dialaminya sering datang dan pergi malah mengakibatkan beliau mengalami batuk yang teruk termasuk ketika sesi latihan konsert Datuk M. Nasir, baru-baru ini.

 

“Risiko jangkitan paru-paru ini sebenarnya bukan perkara main-main, ada pesakit yang terpaksa ditidurkan. Malah semasa konsert di Singapura baru-baru ini pun keadaan saya sama. Suara saya malam ini pun ada sedikit sengau kerana saluran pernafasan tersumbat.

 

“Doktor sebenarnya tidak membenarkan saya keluar hospital kerana saya masih dalam tempoh rawatan, jadi saya terpaksa ulang-alik untuk mengambil rawatan wap (nap). Namun demi kerja, saya perlu kuat untuk menempuh situasi ini dan bersyukur tugasan malam ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya. 

 

Showcase itu dianjurkan hasil kerjasama Awie Entertainment, Hard Rock Cafe Kuala Lumpur dan RPM Label sempena promosi album terbaharu Wings, selain menjadi platform memperkenalkan karya-karya baharu kumpulan tersebut kepada peminat.

 

Sepanjang hampir dua jam persembahan, Wings membawakan lagu-lagu daripada album terbaharu termasuk Dari Tuhan, Entah Kiri Entah Kanan, Tirai Horizon, Hutan Simpan, Ingatkan Dia, Kalifah Empat, Sekeping Kertas Bermaruah, Hukum Karma, Sayap Ilusi, Malam Gelisah, Peronda Jaket Biru, Opera Hidup, Awang Thrasher, Sejati dan Misteri Mimpi Syakilla. 

 

Kumpulan itu turut menghiburkan penonton dengan beberapa lagu hit yang menjadi kegemaran peminat.

 

Siri ‘Wings Sunday Night Live’ akan diteruskan di Hard Rock Cafe Melaka pada 12 Julai depan, sekali gus memberi peluang kepada peminat di selatan tanah air menyaksikan persembahan bertenaga daripada kumpulan rock legenda itu.

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

Must Watch Video

Advertisement