Skip to main content

Selebriti

"Saya Penatlah Jadi Baik..." - Azza Elite

Astrogempak

Sekilas

  • Penyanyi Azza berkongsi pengalaman mengalami kerugian puluhan ribu ringgit akibat pekerja tidak jujur, sama seperti yang dialami pelawak Ajak.
  • Azza menyatakan undang-undang sedia ada tidak cukup kuat untuk menghukum pelaku, dan dia sendiri terpaksa menangkap individu terbabit.
  • Ajak mengingatkan pelanggan restoran Bumbu Babah supaya membuat pembayaran terus ke akaun rasmi syarikat bagi mengelakkan penipuan oleh pekerja.

Penyanyi, Azza tampil berkongsi pengalaman sama selepas perkongsian pelawak Ajak mengenai sikap pekerja yang tidak jujur itu tular di media sosial.

Menerusi Threads,  Azza berkata bahawa dia turut melalui situasi yang sama dan telah mengalami kerugian hampir berpuluh ribu ringgit.

“Hati-hati Ajak. Saya pun dah pernah kena benda ni tiga bulan dalam puluhan ribu. Aku tak bagi cam. Ke dalam,”tulisnya.

Bagaimanapun, ahli kumpulan Elite itu turut berkata undang-undang yang sedia ada tidak cukup kuat untuk menghukum pelaku, malah dia sendiri yang berjaya menangkap individu tersebut.

“Tapi itulah akta tak kuat. Jadi, hanya 19 bulan. Itu pun menumpang kes orang lain. Cuma saya pergi tangkap sendiri. 

"Saya penatlah jadi baik. Sesekali kita kena ajar orang yang buat,”ujarnya.

Terdahulu, Ajak memohon para pelanggan yang berkunjung ke restoran miliknya, Bumbu Babah agar memastikan setiap transaksi pembayaran dibuat terus ke akaun rasmi syarikat.

Peringatan itu dibuat selepas pihak penguusan mendapati terdapat beberapa pekerja yang dipercayai tidak jujur apabila menerima bayaran pelanggan yang menggunakan akaun peribadi di restorannya.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Must Watch Video

Advertisement