Skip to main content

"Saya Suka Intelligent Men" - Anzalna Nasir

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Anzalna Nasir berkongsi kisah pertemuan dengan suaminya, Hanif Zaki, ketika Hanif masih belajar di universiti dan Anzalna baru mula berkarier dalam lakonan.
  • Hanif digambarkan sebagai pelajar cemerlang yang sering berkongsi keputusan peperiksaannya, menarik perhatian Anzalna yang sukakan lelaki pintar.
  • Anzalna berasa bangga dengan pencapaian Hanif sepanjang perjalanan hidup mereka bersama sejak berkahwin pada 2016 dan mempunyai dua anak lelaki.
Advertisement

Pelakon, Anzalna Nasir berkongsi detik permulaan dirinya bertemu dengan suaminya, Hanif Zaki.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Anzalna berkata bahawa mereka bertemu ketika Hanif masih sedang belajar di universiti, manakala dirinya baru menceburi industri seni.

Advertisement

"Kami berdua berjumpa ketika Hanif masih di universiti dan saya sedang memulakan karier lakonan saya. Letak tepi latar belakang keluarga, kami berdua bermula dari bawah,"tulisnya.

Menurut Anzalna, Hanif merupakan seorang pelajar contoh di tempat belajarnya, malah dia sering berkongsi keputusan peperiksaan untuk mengambil perhatian darinya.

"Dia merupakan pelajar yang bijak dan selalu teruja nak tunjuk keputusan peperiksaan dia pada saya kerana saya suka intelligent men. Dia juga pelajar contoh di universiti. Semua tempat ada muka dia sahaja," katanya.

Advertisement

Dalam masa sama, Anzalna turut meluahkan rasa bangga selepas melihat pencapaian dan perjalanan Hanif dalam meniti kejayaan, sekali gus telah membuktikan dirinya pada Anzalna.

"Dalam beberapa tahun, saya sendiri menyaksikan kerja keras, perkembangan dan pencapaian dirinya. 

"Sebagai isteri, saya sentiasa berada disisi dia untuk menyokong, percayakannya dan ingin lihat usaha kerasnya berubah menjadi kejayaan. 

"Dia sudah melangkah jauh dan saya sudah melihatnya sendiri. Dia dah buktikan dirinya pada saya. Saya sangat bangga dengan pencapaiannya. Saya bangga jadi isteri dia," ujarnya.

Untuk rekod, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

82602 Women Pants/Seluar Perempuan slack mini bootcut wanita scuba

82602 Women Pants/Seluar Perempuan slack mini bootcut wanita scuba

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

Cotton Korean Style Women Ladies Loose Long Sleeve Shirt Blouse Baju Baju Wanita Lengan Panjang New Ready Stock

Cotton Korean Style Women Ladies Loose Long Sleeve Shirt Blouse Baju Baju Wanita Lengan Panjang New Ready Stock

Must Watch Video

Advertisement