Skip to main content

Selebriti

Selesai Prosiding Di Mahkamah, Netizen Puji Tahap Kesabaran Syed Saddiq - “Dia Tenang Walaupun Sudah...”

Bakar isteri

Sekilas

  • Mahkamah Persekutuan menangguhkan prosiding rayuan akhir pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Syed Saddiq.
  • Syed Saddiq menerima pujian netizen atas kesabaran dan ketabahannya sepanjang proses mahkamah yang sudah berlangsung selama enam tahun.
  • Pada 25 Jun 2025, Mahkamah Rayuan membebaskan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan, namun Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Advertisement

Baru sahaja selesai prosiding rayuan akhir pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, media sosial kini dibanjiri dengan pelbagai reaksi serta pandangan dalam kalangan netizen.

Menerusi Threads, seorang netizen tampil memuji tahap kesabaran dan ketabahan Syed Saddiq sepanjang proses mahkamah, sambil menyifatkan dia sebagai seorang yang tenang dalam menghadapi ujian.

Advertisement

“Hebat tahap kesabaran dia. Dia akur dengan keputusan hakim. Dia sentiasa tenang dan terdidik penuh dengan ilmu yang diasuh penuh oleh kesabaran orang tuanya. 

“Maka dengan keputusan hari ini, dia masih tenang walaupun kena tangguh dan tunggu dua minggu lagi kes yang sudah 6 tahun dia hadap. 

“Tahniah YB @syedsaddiq atas ketabahan yang awak tanggung sekarang memang luar biasa. Awak bebas hari ini sebenarnya nak terus bebas selama-lamanya di tarikh 13 julai nanti. Aminnn Insya-Allah,”ujarnya.

Terdahulu, Syed Saddiq tiba di Istana Kehakiman kira-kira pukul 8.50 pagi bagi mendengar keputusan rayuan pihak pendakwaan yang dijadual disampaikan oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Bagaimanapun, prosiding terpaksa ditangguhkan selepas Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali bercuti sakit selama dua hari.

Pada 25 Jun 2025, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Syed Saddiq, 33, daripada empat pertuduhan selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.

Sehari selepas keputusan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement