Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Semua | All

#GempakSpot: Buntu… Sudahlah Janda, Elly Tanggung Hutang Bekas Suami Curang

Gempak Spot 17/02/2019 | 05:33 MYT
Siapa sangka, kehidupan ini boleh berubah sekelip mata kerana hutang. Paling sedih hutang itu bukan daripada saya.
Nama saya Elly. Ceritanya begini, saya seorang anak yang dibesarkan di sebuah rumah kebajikan sejak kecil kerana kedua ibu bapa saya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Namun saya berbangga dengan diri saya kerana berjaya menjadi seorang wanita bekerjaya yang mempunyai pekerjaan tetap di sebuah syarikat periklanan ketika lapan tahun lalu.
Kehidupan saya bertambah bahagia apabila berkahwin dengan jejaka yang saya cintai ketika itu.
Saya bertuah kerana ketika itu dikurniakan seorang suami yang sangat penyayang dan bertanggungjawab serta seorang cahaya mata perempuan yang comel dan bijak.
Keluarga kami hidup senang dan mewah hasil pekerjaan suami dalam bidang perniagaan hartanah. Hampir setiap tahun kami akan meluangkan masa bercuti ke luar negara dan membeli belah tanpa batasan.
Bagaimanapun, saya sangkakan panas hingga ke petang tetapi rupanya tidak. Apabila suami saya sebenarnya dalam masa yang sama sedang berlaku curang dan menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang wanita bergelar janda.
Ia terbongkar selepas saya terjumpa resit membeli belah di sebuah butik berjenama tas tangan wanita. Selepas disoal siasat, suami mengaku dia sudah menjalinkan hubungan dengan wanita tersebut sudah hampir setahun.
Hancur dan remuk hati saya bila dapat tahu semua itu kerana sebelum ini saya dan suami hidup bahagia namun tidak sangka kerana kesibukan saya dengan kerjaya dan anak, dia telah mengambil kesempatan untuk bermain kayu tiga.
Tidak cukup dengan itu, rupanya kemewahan yang dikaburi selama ini semua itu hanyalah hasil hutangnya dengan pihak bank hingga mencecah ratusan ribu ringgit.
Sudah jatuh ditimpa tangga, kebetulan syarikat saya juga sedang menghadapi masalah kewangan dan kakitangan berjawatan besar dan gaji tinggi seperti saya telah diberhentikan bagi mengurangkan bebanan syarikat.
Rumah tangga kami juga sudah renggang selepas hubungan intim suami dengan kekasihnya terbongkar. Saya tidak dapat menerima apa yang dilakukan dan kerana ego, saya minta suami menceraikan saya.
Mengenali lelaki memang seorang yang pantang dicabar, selepas didesak akhirnya saya bergelar janda kerana telah diceraikan dengan talak satu.
Dunia bagai hendak terbalik ketika itu! Saya lupa bahawa suami juga ada menggunakan nama saya untuk membeli sebuah kereta dan rumah untuk kegunaan syarikatnya. Ketika itu saya bersetuju dengan bertujuan melabur.
Namun sekali lagi, hati saya berkecai apabila mendapat tahu kereta dan rumah itu rupanya selama ini digunakan oleh skandalnya. Suami tidak mahu bertanggungjawab di atas pinjaman kereta dan rumah itu lagi selepas kami bercerai.
Persoalannya kini, bagaimana saya hendak menyelesaikan hutang pinjaman tersebut dengan kehidupan saya kini yang terumbang ambing tanpa sumber kewangan atau pekerjaan. Ditambah pula saya hidup sebatang kara dan perlu menanggung hidup bersama anak yang baru berusia enam tahun.
*Elly dalah penulis bebas untuk artikel di atas. Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com
*Astro dengan kerjasama Chatime Malaysia kini tampil dengan program realiti nyanyian baharu berjudul Mikrofon Impian untuk membantu masyarakat yang dibebani dengan masalah hutang.
Program Mikrofon Impian akan diterajui Pak Nil sebagai hos dan menampilkan tiga juri tetap iaitu Fauziah Latiff, Azmi Saat dan Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali yang akan mengadili para peserta.
Dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod dan mereka diminta menjelaskan situasi kewangan sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.
Setiap minggu para peserta juga akan diadili oleh juri undangan khas seperti Zamani, Elyana, Mark Adam, Elizabeth Tan, Tomok, Hazami, Salih Yaacob, Mawi dan Siti Nordiana.
Mikrofon Impian akan bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 17 Februari menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
#Skandal #Hutang #Bekas Suami #Curang
;