Skip to main content

Selebriti

Serlah Keindahan Perlis Di Layar Perak, Mojoku Hilang Terima Sokongan Kerajaan Negeri Perlis

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Filem romantik komedi Mojoku Hilang memilih Perlis sebagai lokasi penggambaran utama, menonjolkan keindahan sawah padi dan alam semula jadi negeri tersebut.
  • DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan Tuanku Raja Puan Muda Perlis hadir ke lokasi penggambaran di Tasoh Lake Resort sebagai tanda sokongan terhadap promosi pelancongan dan industri filem tempatan.
  • Mojoku Hilang mengisahkan Adi yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula lembu Mojo, dan akan ditayangkan di pawagam mulai 23 Julai dengan pelakon utama Adipati Dolken dan Mimi Lana.
Advertisement

Keindahan sawah padi, kampung yang tenang dan pemandangan alam semula jadi menjadi antara tarikan utama negeri Perlis.

Justeru, tidak hairanlah negeri utara Semenanjung itu dipilih sebagai lokasi penggambaran filem romantik komedi Mojoku Hilang.

Filem tersebut turut mendapat perhatian DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang berkenan mencemar duli ke lokasi penggambaran filem tersebut di Tasoh Lake Resort sekitar Januari 2025.

Advertisement

Kehadiran baginda mencerminkan sokongan terhadap usaha mempromosikan negeri Perlis sebagai lokasi penggambaran filem, selain mengetengahkan keindahan destinasi pelancongan tempatan kepada umum.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah beberapa rakan strategik yang menjayakan pembikinan Mojoku Hilang, antaranya Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis, Mutiara Perlis Sdn. Bhd., Cima Bhd, UEM Group Bhd, EUPE Bhd, FFM Berhad dan SHJ Auto Sdn. Bhd.

Mojoku Hilang mengisahkan Adi lakonan Adipati Dolken yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak 'menculiknya' bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikatnya sendiri.

Filem arahan Min Lim itu turut dibintangi Adipati Dolken, Mimi Lana, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman, Namron serta ramai lagi.

Mojoku Hilang merupakan terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films, dan bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 Julai.

Anda mungkin berminat dengan

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

[Best selling] ANKER Zolo PD 30W Fast Charger GaN 20W Charger Ice-Cooled Fast Charging Slim Wall Charger-A2698

[Best selling] ANKER Zolo PD 30W Fast Charger GaN 20W Charger Ice-Cooled Fast Charging Slim Wall Charger-A2698

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)

Must Watch Video

Advertisement