Skip to main content

Selebriti

“Setiap Kali Rasa Susah & Nak Buat Benda Lain, Aisha Retno Selalu Pesan…” – Haikal Farid

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Haikal Farid ingin berduet dengan Aisha Retno yang dianggapnya penyanyi muda paling berbakat dalam industri muzik Malaysia.
  • Walaupun hasrat itu belum dapat direalisasikan kerana jadual sibuk, Aisha sering memberi semangat kepada Haikal untuk terus berkarya dan menghasilkan lagu sendiri.
  • Haikal baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Aku Klasik yang menampilkan komuniti Orang Asli Bukit Lagong dalam muzik videonya.

Penyanyi, Haikal Farid berkongsi hasrat untuk berduet bersama penyanyi, Aisha Retno yang disifatkannya sebagai antara penyanyi muda paling berbakat dalam industri.

Haikal atau nama penuhnya Mohammad Haikal Farid Rizal berkata, dia mula mengagumi bakat pelantun lagu Jodoh Lebaran itu sejak Aisha menyertai program realiti, Big Stage.

“Pada asalnya saya memang mengidolakan Aliff Satar kerana bakatnya dalam nyanyian, pengacaraan, lakonan dan banyak lagi. Tetapi sekarang, individu yang saya paling teringin nak berduet ialah Aisha Retno. Saya memang kenal dan selalu juga jumpa dia.

“Saya nampak dia memang luar biasa sejak dia masuk Big Stage, selain Daniel Cheuer. Mereka menyanyikan lagu orang lain tetapi berjaya mengolahnya sehingga menjadi seperti lagu sendiri. Sejak itu saya memang kagum. Kalau dapat berduet dengannya, itu memang peluang emas,” katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun, Haikal mengakui hasrat tersebut masih belum dapat direalisasikan kerana jadual mereka yang padat, terutama Aisha yang kini semakin sibuk dengan kerjaya seninya.

Dalam masa sama, Haikal turut berkongsi pesanan yang sering diberikan Aisha setiap kali dia berasa hilang semangat atau terfikir untuk melakukan perkara lain selain muzik.

“Kami selalu jumpa di acara hiburan dan setiap kali saya rasa susah atau nak buat benda lain, dia selalu pesan supaya saya hasilkan lagu sendiri dan keluarkan.

“Dia kata kalau saya tak keluarkan lagu sendiri, orang tak akan dapat lihat seni yang saya nak bawa. Dia memang selalu beri semangat dan suruh saya buat lagu sendiri.

“Peluang untuk berduet itu memang ada, cuma masa kami selalu tidak sesuai kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya dan kehidupan sendiri,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Haikal turut melancarkan single terbaharunya berjudul Aku Klasik yang dilancarkan di semua platform digital pada 8 Mei 2025.

Lebih menarik, muzik video lagu tersebut menampilkan penyertaan komuniti Orang Asli dari Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong sebagai sebahagian daripada penceritaan visualnya.

Anda mungkin berminat dengan

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Must Watch Video

Advertisement