Sekilas
- Shaniena Natasya beri nasihat kepada wanita supaya jaga batas pergaulan ketika bercinta dan jangan normalisasikan kecurangan dalam hubungan.
- Shaniena minta wanita yang kena curang jangan terlalu terbuka berkongsi hubungan mesra sebelum kahwin dan ambil pengalaman itu sebagai pengajaran.
- Shaniena juga luah rasa takut sebagai ibu perempuan dan harap wanita yang terlibat cepat sembuh dari kekecewaan.
Isu pempengaruh Aliyah Balqis mendedahkan kekasihnya iaitu pempengaruh Indonesia, Yusman Kusuma atau Yukar berlaku curang terhadapnya turut mendapat perhatian Influencer Shaniena Natasya.
Simpati dengan Aliyah atau Aya, Shaniena turut menitipkan nasihat kepada wanita yang masih bujang agar menjaga batas pergaulan ketika masih dalam tempoh bercinta.
“Saya minta maaf untuk wanita yang kena curang Yuka Yuki tak tahu la, tapi tolong jangan normalisasikan ya. Saya ada anak perempuan dan saya takut juga.
“Apa kita boleh buat kita berdoa sahaja. Saya ingat dah kahwin , girls tolong ya adik-adik dengar, jangan ya buat perangai duk cium-cium pegang tangan kat public kalau belum kahwin lagi.
“Satu hari nanti jika awak putus, keluarga yang baik tidak sukakan benda itu. Saya bercakap berdasarkan pengalaman ya.
“Saya minta maaf kalau ini tersinggung perasaan peminat-peminat mereka. Memang sepatutnya wanita itu tak patut dicurangi,” katanya.
Pada perkongsian lain, Shaniena turut menasihati Aliyah untuk tidak terlalu terbuka berkongsi hubungan mesra dengan kekasih sebelum berkahwin.
“Kepada wanita yang kena curang, diri awak mahal sayang. Awak tidak layak dapat macam ni. Ambil ini sebagai pengajaran dan dont go on public macam orang dah kahwin duk berjimba macam tu.
“Awak patut rasa bersyukur sebab awak tak kahwin lagi. Cuba bayangkan awak dah kahwin dengan dia. Lots of love and cepat cepat healing ya. Bukan mudah tapi InshaAllah.
“Saya pun ada anak perempuan, saya takut juga,” ujarnya.
Sumber - Threads