Skip to main content

Selebriti

Shila Amzah ‘Plan’ Berhijrah Ke China Bersama Suami & Anak-Anak - “Saya Bakal Sign Satu Lagi Kontrak…”

Shila Amzah

Sekilas

  • Shila Amzah dan suaminya, Ubai, merancang untuk berhijrah ke China bersama anak-anak pada penghujung tahun hadapan jika kerjaya mereka berjalan lancar.
  • Shila sedang dalam proses menandatangani kontrak jangka panjang di China yang belum boleh didedahkan butirannya.
  • Keputusan berhijrah bukan kerana siapa lebih menghargai, tetapi berdasarkan peluang rezeki, dan Shila tetap komited menghasilkan karya serta mengadakan konsert di Malaysia.
Advertisement

Penyanyi Shila Amzah memberitahu dia dan suaminya, pempengaruh Ubai sedang merancang untuk berhijrah ke China bersama anak-anak pada penghujung tahun hadapan jika segala perancangan kerjayanya berjalan seperti yang disasarkan.

 

Advertisement

Menurut Shila, keputusan itu dipertimbangkan memandangkan dia kini semakin aktif menerima tawaran di negara tersebut, selain bakal menandatangani satu lagi kontrak jangka panjang yang masih belum boleh didedahkan.

 

“Saya dan Ubai memang ada terfikir mengenai perkara itu. Sasaran kami, kalau segala-galanya berjalan lancar dan kami berjaya capai apa yang dirancang, mungkin saya tak menolak untuk berhijrah semula ke China.

Advertisement

 

“Kami juga bercadang untuk membawa anak-anak bersama. Sekarang ini setiap kali saya ke sana, saya perlu tinggalkan mereka selama tiga atau empat hari. Bila balik pula, hanya sempat bersama mereka dua atau tiga hari.

 

“Saya juga bakal menandatangani satu lagi kontrak, tapi belum boleh dedahkan tempoh atau butirannya. Apa yang boleh saya katakan, kontrak itu melibatkan tempoh yang agak lama. Kalau ulang-alik Malaysia dan China, penat juga,” katanya kepada Gempak.

 

Shila berkongsi perkara itu ketika sidang media Konsert Shila Amzah KITA: 25 Tahun Bersama di The Coffee Bean & Tea Leaf Sierra Fresco, Puchong pada Rabu. 

 

Dalam pada itu, penyanyi lagu Memori Tercipta itu menegaskan penghijrahan itu bukan disebabkan siapa yang lebih menghargainya sebaliknya dia hanya mengikut ke mana rezekinya. 

 

“Saya pernah tinggal di China dari tahun 2012 selama lebih kurang lapan tahun. Selepas itu saya berpindah semula ke Malaysia dan kemudian kita berdepan pandemik Covid-19. Pada waktu itu saya rasa rezeki tak ada lagi.

 

“Sekarang ini bukan soal siapa lebih menghargai saya. Bagi saya, di mana ada rezeki, di situlah saya akan pergi. Itu tidak bermaksud saya melupakan peminat di Malaysia. Sebab itulah saya masih menghasilkan album Melayu dan mengadakan konsert di sini,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

💖Local delivery💖LED Glow Flashing Light Sticks for Wedding Celebration Vocal Concerts Atmosphere Props Party Supplie glow stick light stick~

💖Local delivery💖LED Glow Flashing Light Sticks for Wedding Celebration Vocal Concerts Atmosphere Props Party Supplie glow stick light stick~

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Must Watch Video

Advertisement