Skip to main content

Selebriti

Shuib Dedah Jumlah Hutang Yang Ditanggung, Cecah Belasan Juta - “Saya Pernah Reach Paling Tinggi…”

ASTROGEMPAK Shuib (1)

Sekilas

  • Pelawak Shuib kini sibuk dengan pelbagai kerja termasuk siaran langsung di media sosial untuk membayar hutang yang ditanggung.
  • Shuib mendedahkan hutangnya pernah mencecah RM15 juta dan hampir separuh sudah dilangsaikan dalam masa lima tahun.
  • Beliau mengambil alih syarikat yang mempunyai hutang lebih dari belas juta, menyebabkan beban kewangan yang besar.

Pelawak Shuib mengakui jadualnya padat dengan melakukan pelbagai kerja termasuklah membuat siaran langsung di media sosial. 

 

Menerusi perkongsian di Podcast Too Pretty To Handle, Shuib berkata dia melakukan pelbagai kerja disebabkan mahu membayar hutang yang ditanggung. 

 

“Itu kalau nampak saya tak berhenti buat benda yang saya sedang buat. Live la, buat itu la, buat ini la. Kadang sampai orang cakap, ‘Kau ni busy eh?’ Memang busy.

 

“Sebab kalau aku berhenti, mandi ni, banyak benda nak kena dibayar, nak kena diselesaikan. So saya jalan je, menikmati,” kongsinya. 

 

Dalam pada itu, penyampai radio dan juga host yang mengendali podcast itu iaitu Sharifah Shahirah atau Shiera sempat bertanyakan jumlah hutang yang ditanggung Shuib. 

 

Menurut Shuib, hutangnya pernah mencecah RM15 juta namun hampir separuh sudah dilangsaikan dalam masa lima tahun.  

 

“Banyak kak (hutang). Saya pernah reach paling tinggi saya rasa... RM15juta keseluruhan, saya pernah hadap. Dah hampir separuh (selesai) dalam masa lima tahun. 

 

“Saya pernah berada paling pick macam itu bila saya ambil alih syarikat… saya baru sedar yang hutang dia itu lebih dari belas juta dan masih lagi,” ujarnya lagi. 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

Must Watch Video

Advertisement