Skip to main content

Selebriti

Siap Berebut! Opai Kongsi Tanda Fatin Afeefa Disayangi Mentua

Bakar isteri

Sekilas

  • Opai berkongsi gelagat ibu bapanya yang sangat menyayangi isteri, Fatin Afeefa, sehingga berebut nak ambil gambar menantu.
  • Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang terhibur dan memuji keakraban keluarga mereka.
  • Fatin Afeefa berkahwin dengan Opai pada Disember 2022 dan kini mereka mempunyai seorang anak bernama Muhammad Jibril.

Perkongsian suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai mencuri perhatian ramai selepas berkongsi gelagat ibu bapanya bersama isteri tercinta. 

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Opai memaklumkan bahawa isterinya amat disayangi oleh kedua ibu bapanya.

Antara yang mencuit hati, ibu dan bapanya dilihat begitu teruja sehingga berebut untuk mengambil gambar menantu kesayangan mereka itu.

"Apa tanda-tanda isteri disayangi mentua ? Kalau ibu ayah kau boleh beria tangkap gambar menantu sampai berebut nak jadi photographer. Alhamdulillah. MasyaAllah," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat kedua ibu bapanya sambil memuji keakraban mereka sekeluarga.

Untuk rekod, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Adam Shahz pada 2013 sebelum bercerai pada 2017.

Fatin kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh dan usahawan iaitu Aliff Awang yang turut dikenali sebagai Opai pada 30 Disember 2022.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Jibril.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Ceramic Plate

Ceramic Plate

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement