Skip to main content

Selebriti

"Siapa Makan Cili, Dia Rasa Pedas" - Raja Atiq Tegur Sikap Pelakon Baharu, Dakwa Ada Masalah Adab & Berlagak

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Raja Atiq menegur sikap segelintir pelakon baharu yang sombong dan tidak menghormati waktu panggilan di set penggambaran.
  • Atiq menegaskan populariti bersifat sementara dan sikap rendah diri serta adab penting dalam industri lakonan.
  • Beliau memberi pesanan kepada pelakon baru supaya menjaga kelakuan dan tidak berlagak walaupun sudah bergelar artis.
Advertisement

Pelakon, Raja Atiq tampil menegur sikap segelintir pelakon baharu yang sombong dan terlalu meninggi diri.


 

Advertisement

Menurut Atiq,  sikap tersebut bukan sahaja tidak mendatangkan kebaikan, malah akan akan memberi kesukaran pada barisan pelakon.


 

"Di mana-mana tempat kerja sekalipun, adab itu penting. Setakat hendak berlagak atau acah-acah 'star' di set, perkara itu langsung tidak membawa sebarang manfaat.


 

"Jangan sesekali merasakan diri itu 'star'. Kalau ada sikap begitu, memang susah untuk orang bekerja dengan kita,"


 

"Semua ini saya dengar daripada pelakon-pelakon senior, terutama mengenai segelintir yang sering datang lewat dan tidak menghormati waktu panggilan di set.


 

"Sebelum ini memang ramai yang begitu. Saya pula bukan jenis yang akan menegur depan-depan. Siapa makan cili, dia rasa pedas,"katanya kepada Gempak.


 

Atiq berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan eksklusif drama Yes! Captain Zul Aaryan pada Jumaat.


 

Atiq turut berkata bahawa perkara tersebut tidak boleh dinormalisasikan, malah populariti tidak menjamin segalanya kerana bersifat sementara.


 

"Saya sendiri masih boleh dianggap pelakon baharu, sebab itu saya rasa perlu menegaskan perkara ini. Kalau dibiarkan, sikap seperti ini akan terus menjadi kebiasaan.


 

"Bagi saya, populariti boleh hilang pada bila-bila masa. Walaupun sekarang tawaran berlakon datang bertalu-talu, kita tidak pernah tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan,"ujarnya.


 

Dalam masa sama, Atiq turut memberi pesanan terbuka kepada mereka yang baru menapak nama di dalam industri untuk sentiasa merendah diri dan menjaga kelakuan.


 

"Kepada mereka yang baru hendak menceburi industri ini, sama ada melalui uji bakat atau sebagainya, jadilah insan yang terbaik. Jangan sesekali rasa diri terlalu besar hanya kerana sudah bergelar artis. Bukan begitu caranya.


 

"Buat apa nak berlagak? Kita sendiri tidak tahu bagaimana keserasian dengan gandingan di set nanti. Ada yang sebelum ini berlagak, tetapi apabila tiba masa berlakon bersama, terus menggeletar. 


 

"Di luar set pula langsung tidak mahu berlatih, sebaliknya hanya duduk di dalam kereta bermain telefon bimbit," kongsinya.


 

Terdahulu, Atiq meraih perhatian ramai selepas memuat naik hantaran di Threads mengenai tindakan segelintir pelakon yang didakwa bersikap sombong ketika berada di set penggambaran. 

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

YONEX EASY TEE

YONEX EASY TEE

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

KM Daisy Slim Straight Cut Women Drawstring Pants [P6998]

KM Daisy Slim Straight Cut Women Drawstring Pants [P6998]

naelofar Amoud Sejadah

naelofar Amoud Sejadah

YIDISEN Mesh Breathable Men's Lazy Shoes One-Pedal Convenient Soft-Soled Wear-Resistant Travel Easy

YIDISEN Mesh Breathable Men's Lazy Shoes One-Pedal Convenient Soft-Soled Wear-Resistant Travel Easy

Must Watch Video

Advertisement