Skip to main content

Selebriti

Siti Saleha Mahu Kembali Bawa Watak Wanita Berani, Tolak Stigma Artis Tidak Berlakon Selepas Bersalin - “Saya Mahu Orang Tahu Bahawa…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Siti Saleha kini menantikan peluang untuk membawa watak wanita yang lebih berani dan positif, khususnya yang membawa mesej woman empowerment.
  • Walaupun baru bergelar ibu, Siti Saleha menafikan artis wanita akan memperlahankan kerjaya dan masih aktif dalam bidang lakonan dengan memilih tawaran yang sesuai.
  • Sally juga teruja dilantik sebagai duta jenama teh Boh yang mempunyai nilai nostalgia dalam hidupnya sejak kecil.
Advertisement

Pelakon, Siti Saleha akui menyimpan hasrat untuk kembali semula dengan watak wanita yang lebih berani, positif dan membawa mesej woman empowerment.

Siti Saleha atau lebih mesra disapa Sally berkata, dia kini menantikan peluang untuk membawakan karakter yang berbeza daripada watak-watak sebelum ini, selain mahu memilih naskhah yang benar-benar sesuai dengan dirinya.

Advertisement

“Saya sedang menunggu watak yang berani dan yang saya tidak pernah lakonkan sebelum ini. Saya tidak mahu pegang watak negatif. Saya mahu watak yang lifting. Woman empowerment sangat hebat, tetapi saya juga melihat kepada jalan cerita dan barisan pelakon,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, Sally menegaskan dia masih aktif dalam bidang lakonan meskipun baru sahaja bergelar ibu, sekali gus menafikan tanggapan segelintir pihak bahawa artis wanita akan memperlahankan kerjaya selepas bersalin.

“Saya mahu orang tahu bahawa saya masih ingin berlakon walaupun wujud stigma mengenai artis yang tidak mahu berlakon selepas bersalin. Saya cuma menunggu masa yang sesuai sahaja,” ujarnya.

Advertisement

Menurut Sally, buat masa ini dia lebih memilih tawaran kerja yang tidak memerlukan komitmen panjang seperti kempen dan menghadiri acara memandangkan anaknya masih kecil.

“Bayi saya masih kecil lagi, melainkan kalau ada tawaran yang betul-betul memikat hati. Buat masa sekarang, saya fokus kepada anak, kempen dan kandungan saya sendiri. Saya sibuk juga, tetapi bukanlah sibuk dengan penggambaran yang memerlukan komitmen panjang.

“Saya ada pengasuh untuk membantu menjaga anak. Namun, ada masa kami sendiri akan uruskan anak seperti ketika bercuti. Disebabkan saya bekerja dan keluar dari pagi hingga malam, manakala suami pula kadang-kadang perlu pergi outstation, apabila pengasuh bercuti, kami akan ambil alih tanggungjawab menjaga anak,” jelasnya.

Sementara itu, Sally turut meluahkan rasa teruja apabila dipilih sebagai duta kepada jenama teh Boh yang disifatkannya mempunyai nilai nostalgia kerana sudah membesar dengan jenama tersebut sejak kecil.

Anda mungkin berminat dengan

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam 50g/150g | Brighten & Cleanse | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam 50g/150g | Brighten & Cleanse | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Must Watch Video

Advertisement