Skip to main content

Selebriti

"Skala Kegembiraan Saya 10/10" - Fazura

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Fazura berkongsi perjalanan hidupnya yang penuh ujian terutama dalam dua tahun kebelakangan ini, yang membuatkan dia sebak mengenangkan pengalaman tersebut.
  • Pelakon itu kini berada dalam fasa lebih tenang dan bahagia, memberi skor 10 daripada 10 untuk tahap kebahagiaannya sekarang.
  • Fazura menzahirkan rasa syukur atas sokongan Allah, keluarga, sahabat rapat, dan peminat yang menjadi sumber kekuatannya menghadapi dugaan.
Advertisement

Pelakon, Fazura gagal menahan air mata apabila mengenang kembali perjalanan hidupnya yang penuh dengan pelbagai ujian, terutama sepanjang dua tahun kebelakangan ini.

Menerusi satu temu bual bersama sebuah stesen radio, Fazura berkata dia kini berada dalam fasa yang lebih tenang dan bahagia, meskipun ramai beranggapan dia sentiasa kuat dan kelihatan baik-baik sahaja di mata umum sebelum ini. 

Advertisement

"Perjalanan untuk sampai ke tahap sekarang bukan mudah. Banyak ujian daripada Allah dan liku-liku kehidupan yang saya lalui. Apa yang membuatkan saya sedih dan sayu ialah apabila mengenangkan segala yang berlaku, terutama dalam tempoh dua tahun lalu.

"Mungkin luaran orang nampak saya okey. Sebagai pelakon atau wanita yang dianggap kuat, saya sentiasa cuba menunjukkan saya mampu menghadapi semuanya.

"Tetapi saya juga manusia biasa. Ada dugaan yang terlalu sukar untuk digambarkan. Ia sangat menyedihkan, melukakan dan begitu berat untuk saya lalui sehingga berada di tahap sekarang.

Advertisement

"Alhamdulillah, sekarang saya semakin gembira, lebih tenang dan bahagia," katanya.

Apabila ditanya mengenai tahap kebahagiaannya ketika ini, pelakon filem Pisau Cukur itu bersyukur kerana akhirnya berjaya melalui fasa sukar dalam hidupnya sehingga memberikan skala sempurna, 10 daripada 10.

"Skala kebahagiaan saya sekarang ialah 10 daripada 10. Alhamdulillah," ujarnya sambil dengan nada sebak.

Dalam pada itu, Fazura turut berkongsi bahawa kebergantungan kepada Allah, sokongan keluarga, sahabat rapat serta peminat menjadi sumber kekuatan untuknya terus bangkit menghadapi setiap dugaan.

"Orang kata klise, tapi ini benar. Nombor satu ialah memohon pertolongan daripada Allah. Kekuatan yang sebenar datang daripada-Nya.

"Nombor dua, saya dikurniakan support system yang sangat baik iaitu keluarga dan teman-teman rapat. Selain itu, yang paling penting dalam hidup saya ialah peminat.

"Bukan hanya peminat yang sedia ada, tetapi juga silent supporters yang membuatkan saya tertanya-tanya siapa mereka. Saya rasa mereka ibarat tentera Allah yang dihantar untuk menyokong dan mempertahankan saya," kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Bracelet Bulu/Gila-Gila/Papan Pasir Kikir/PaperClip (1 Pc)

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Bracelet Bulu/Gila-Gila/Papan Pasir Kikir/PaperClip (1 Pc)

adidas Unisex Fussballliebe League Football Ball accessories (IN9367) Sport Planet R-56

adidas Unisex Fussballliebe League Football Ball accessories (IN9367) Sport Planet R-56

1258 LATIFF Safety Shoes Kasut Kerja Anti Slip Anti Smash Protective Steel Lightweight Kasut Lelaki Toe Cap

1258 LATIFF Safety Shoes Kasut Kerja Anti Slip Anti Smash Protective Steel Lightweight Kasut Lelaki Toe Cap

Lovito Casual Striped Lace Up Pattern Backless Spring/Summer Light Pink Tank Top for Women L136AD305

Lovito Casual Striped Lace Up Pattern Backless Spring/Summer Light Pink Tank Top for Women L136AD305

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

Must Watch Video

Advertisement