Skip to main content

Status Masih Solo, Azira Shafinaz Steady Kerap Terima Soalan 'Bila Nak Kahwin?' - "Banyak Lagi Saya Nak Capai ..."

azira shafinaz

Penyanyi, Azira Shafinaz tidak menafikan bahawa dia turut memasang hasrat untuk mendirikan bahtera perkahwinan seperti orang lain namun masih belum diberi kesempatan untuk berjumpa dengan pasangan hidup.

Azira bagaimanapun berkata bahawa dia selesa dan gembira dengan kehidupannya buat masa sekarang kerana menggangap tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik buat dirinya.

"Saya masih solo dan gembira dengan kehidupan sekarang. Saya fikir semua orang pun sudah tahu. Jika orang bertanya, saya memang tiada jawapan. Sudah tentu saya mempunyai impian untuk mendirikan rumah tangga, namun, jodoh saya belum sampai lagi. Jika ada jodoh, Alhamdulillah.

"Jika tiada jodoh sekali pun, saya rasa Allah hendak selamatkan saya. Mungkin ada perkara yang lebih baik buat saya pada masa akan datang.

"Mungkin esok lusa saya akan terjumpa jodoh saya. Ketika ini, saya hanya mahu memberikan fokus terhadap kerjaya. Ada banyak lagi perkara yang ingin saya capai pada 2026," katanya kepada Gempak.

Shafinaz berkata demikian Ketika ditemui pada pelancaran Ramadan Raya 2026: Jwanjih Drama! anjuran TV3 di TGV Cinema Suria KLCC.

Dalam masa sama, ahli kumpulan DeFam itu turut berkata bahawa dia tidak terkesan dengan desakan perkahwinan daripada orang sekeliling memandangkan dia amat mementingkan kesejahteraan mental.

"Saya sudah lali dengan perkara ini. Ia tidak membuatkan saya berasa tertekan atau sedih. Saya sudah biasa dan gembira sahaja. Pada saya, kesihatan mental itu lebih penting.

"Jika tak okay, tak mungkin saya boleh lalui apa yang saya kecapi ketika ini. Apabila sudah lama tak jumpa ahli keluarga lain, biasalah jika mereka bertanya bila hendak kahwin atau siapa teman lelaki saya. Saya okay sahaja," katanya.

Pelakon drama bersiri One Cent Thief ini juga berkongsi bahawa jika dia ditakdirkan untuk bertemu dengan seseorang, dia mengharapkan bahawa individu tersebut dapat memahami kerjayanya serta menyayanyi dirinya dan keluarga.

"Saya memang mahukan pasangan yang bukan sahaja memahami kerjaya, tetapi masa saya juga. Saya masih ingin teruskan apa yang sedang saya lakukan ketika ini.

"Sejak dari zaman sekolah lagi saya sudah mula bekerja. Saya memang suka untuk tidak bergantung dengan orang lain. Itu adalah diri saya.

"Sejujurnya nak cari yang memahami itu agak sukar. Tetapi, jika ada seseorang yang datang dan dia boleh faham dan sayang saya serta keluarga, InsyaAllah saya boleh terima. Kita doakanlah yang baik-baik," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement