Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Bidang Kejuruteraan Bukan Jiwa Saya, Tapi.." - Peserta Suara Viral, Farid Fasih Berbahasa Perancis

ZULHILMI JALIL
11/06/2020 09:00 MYT
Bukan calang-calang profil peserta program realiti terbaharu, Suara Viral yang bakal menemui penonton bermula 17 Jun ini.

Salah seorang daripada peserta itu merupakan seorang jurutera, Farid atau nama sebenarnya, Farid Othman, 30.

Begitupun, di sebalik kerjayanya sebagai seorang jurutera mekanikal, Farid mengakui bidang tersebut bukanlah satu lapangan yang diminatinya.

"Sebenarnya saya dah banyak kali keluar masuk dalam bidang kejuruteraan. Bukan jiwa saya. Tapi, saya belajar juga kerana atas dorongan daripada ahli keluarga.

"Hakikat sebenar, minat saya lebih kepada muzik. Cuma, saya tidak ada pendidikan formal dalam muzik. Lama-lama keluarga pun semakin faham dengan apa yang saya minat," katanya ketika dihubungi Gempak.

Begitupun menurut Farid, ketika menyambung pengajian di Perancis lagi, dia sudah memanfaatkan masa terluang yang ada dengan menimba pengalaman dalam ilmu muzik.

"Ketika masih belajar di sana, saya banyak buat persembahan juga. Bermain gitar dan saksofon.

"Sebelum ini pun banyak terlibat menjadi pemuzik di belakang tabir sahaja, tak pernah ke pentas besar seperti Suara Viral," katanya yang mempunyai Ijazah Sarjana Kejuruteraan dari Universiti Teknologi Belfort-Montbeliard, Perancis.

❤ Mr Brüno's Finesse

A post shared by Farid Othman (@farid.othm) on


Bukan itu sahaja, Farid yang merupakan jurutera mekanikal ini mempunyai kelebihan tersendiri apabila fasih berbahasa Perancis.

"Dulu sewaktu belajar memang sepenuhnya dalam bahasa Perancis, jadi, memang kena mahir berkomunikasi dalam bahasa tersebut.

"Sewaktu belajar pun, saya seorang sahaja orang Melayu dalam kursus saya. Jadi, bergaul kena cakap bahasa mereka. Cuma sekarang ini dah lama tinggal, kalau dibiar boleh 'berkarat' jua," ceritanya.

Latihan bersama @cikgushafi untuk konsert pertama Suara Viral, ditayangan pada 17 Jun 2020, 9 malam Astro Prima, nantikan! ? @astrogempak @astroprima #SuaraViral #SuaraViral2020 #astroprima

A post shared by Farid Othman (@farid.othm) on


Jadi, kalau anda nak tengok bakat suara yang dimilikinya, jangan lupa saksikan Farid bersama sembilan peserta lain di Suara Viral.

Suara Viral merupakan sebuah program realiti yang mencungkil bakat dalam kalangan mereka yang mempunyai kerjaya tersendiri, antaranya polis dan tentera, namun memiliki bakat dalam bidang nyanyian.

BACA: Polis, Tentera, Abang Rider Antara 10 Peserta Suara Viral, Wajib Layan, Memang Padu!

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bakal bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) setiap Rabu bermula 17 Jun ini pada pukul 9 malam.

Selain itu, penonton boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang bermula 15 Jun ini.

Penonton juga serta boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro

#Suara Viral #Farid #Jurutera