Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Kecewa Bila Tinggal Dua Juri Sahaja Yang Masih Tonton" - Peserta Suara Viral Farid Akui Terganggu Dengan Sound Effect

ZULHILMI JALIL
19/06/2020 10:20 MYT
Peserta program realiti Suara Viral, Farid mengakui berasa sedikit terganggu ketika membuat persembahan konsert pembukaan minggu pertama pada Rabu lalu.

Farid yang merupakan seorang jurutera itu memberitahu, dia gagal untuk memberikan sepenuh konsentrasi sebaik terdengar kesan bunyi selepas Juri Duduk Rumah berhenti menonton persembahannya.

"Malam itu merupakan kali pertama saya membuat persembahan di televisyen, jadi memang berasa gementar.

"Apatah lagi, apabila satu persatu juri berhenti daripada menonton persembahan saya. Saya jadi terganggu bila dah mula dengar sound effect (kesan bunyi) yang digunakan sebagai signal itu.

"Saya siap kira berapa kali dah bunyi itu keluar. Rasa kecewa bila tinggal dua juri sahaja yang masih menonton," ceritanya yang menduduki kedudukan paling bawah pada minggu pertama.

Pandai bercakap bahasa Perancis. Seorang engineer. Apa lagi korang nak. Pakej lengkap dah Farid ni. Korang suka persembahan @farid.othm . Korang boleh undi Farid sebagai Suara Viral Paling Gempak di www.gempak.com/suaraviral bermula jam 11 Malam ini. . #SuaraViral #SuaraViral2020 #BarulahOn

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Seramai 6 Juri Duduk Rumah meninggalkan persembahannya pada malam itu.

Juri Duduk Rumah berhak untuk menutup paparan skrin mereka daripada terus menonton persembahan para peserta yang kurang memuaskan.



Biarpun berada di kedudukan tercorot, Farid bernasib baik apabila tiada sebarang penyingkiran dibuat pada malam tersebut.

"Saya pun terkejut apabila dipanggil balik semula ke pentas selepas keluar pada awalnya," katanya.



Farid menyampaikan lagu Hanya Rindu nyanyian asal Andmesh pada malam tersebut.

Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.

Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.


#Suara Viral #Farid #Jurutera