Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Saya Dah Pernah Rakam Lagu, Tapi..." - Ameem Suara Viral Minta Lagu Daripada Asfan Shah

ZULHILMI JALIL
01/07/2020 03:58 MYT
Peserta Suara Viral, Ameem mendedahkan bahawa dia sebenarnya sudah mempunyai tiga buah lagu single sebelum ini.

Begitupun, menurut Ameem, kesemua lagu tersebut belum diterbitkan secara rasmi lagi selepas dirakamkan kira-kira tiga tahun yang lalu.

"Saya dah pernah rakam lagu. Ada tiga buah lagu, dua daripadanya sudah selesai dirakam, cuma satu lagu sahaja yang belum lagi selesai menjalani proses rakaman.

"Tapi, saya tak terus terbitkan lagi kepada umum lagu-lagu itu. Masa tu hati saya berbelah bahagi, sama ada betul ke saya nak masuk industri, jadi saya simpan sahaja," katanya kepada Astro Gempak.

Menurut Ameem, kesemua lagu itu merupakan karya komposer Asfan Shah.

"Saya buat lagu itu semua guna duit simpanan sendiri. Selepas mendengar karya yang Asfan pernah hasilkan, saya rasakan lagu-lagunya semua terbaik.

"Jadi, saya hubungi dia untuk minta buatkan lagu. Ketika itu saya cuba mesej Asfan menerusi Facebook," ceritanya yang merakamkan lagu berjudul Jujur dan Leraikan.

Begitupun, menurut Ameem, dia berharap dengan penglibatannya dalam Suara Viral ini menjadi platform terbaik untuk dia memperkenalkan single tersebut kelak.

"Insya-Allah kalau sampai ke final, lepas habis program boleh lancarkan single itu.

"Program ini menjadi platform buat saya untuk lebih mudah nak menapak dalam industri nanti," katanya yang bakal beraksi di konsert minggu ketiga Suara Viral malam ini.

full dress rehearsal untuk minggu ke 3 SUARA VIRAL. jangan lupa saksikan SUARA VIRAL setiap rabu jam 9 malam di astro prima HD dan astro Prima. 105 & 125. @astrogempak @officialriax @ameemsv_fc #astrogempak #suaraviral #suaraviral2020 #SVameem #teamabambotak #teamameem

A post shared by Ameem.suaraviral (@ameem.suaraviral) on


Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.

Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.


#Asfan Shah #Suara Viral #Ameem