Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Saya Hampir Nak Tarik Diri Sebab..." - Jerry Suara Viral

ZULHILMI JALIL
23/07/2020 23:12 MYT
Peserta Suara Viral Jerry mendedahkan bahawa dia sebenarnya hampir menarik diri daripada meneruskan perjuangannya dalam program realiti tersebut.

Menurut Jerry, dia terdetik untuk menyuarakan hal tersebut kepada pihak produksi sewaktu berlangsungnya rakaman konsert suku akhir yang disiarkan malam kelmarin.

"Jujur saya cakap sewaktu minggu keenam, saya hampir-hampir nak maklum kepada pihak produksi yang saya nak tarik diri sebab merasakan bahawa saya perlu fokus kepada masalah kesihatan.

"Saya beritahu kawan-kawan lain yang saya rasa macam dah tak larat dan perlu berehat. Ingatkan nak beritahu lepas habis konsert, tapi rakan lain beri kata-kata semangat untuk minta saya bertahan sedikit lagi," katanya kepada Astro Gempak.

Menurut Jerry lagi, selain mengambil kira nasihat rakan peserta lain, nasib juga menyebelahi dirinya apabila tiada penyingkiran dilakukan pada konsert suku akhir.

Amacam gandingan @jerry.zakaria_official dengan @khaibahar94 ? Mungkin dah boleh plan nak buat lagu duet lepas ni. . Korang boleh undi Jerry sebagai Suara Viral Paling Gempak di www.gempak.com/suaraviral bermula jam 11 Malam ini. . #SuaraViral #SuaraViral2020 #BarulahOn

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Sekaligus, membuatkan dirinya untuk lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangannya yang berbaki hanya lagi dua minggu sahaja.

"Kawan-kawan memang banyak tolong, siap urutkan. Bahkan, sewaktu kena serangan panik, saya tidur di bilik Ameem.

"Dia yang menemani saya kerana bimbang sekiranya saya seorang diri sahaja di bilik," katanya.

Terdahulu, Jerry dikatakan mengalami masalah kesihatan apabila terkena serangan panik ketika menjalani sesi raptai konsert minggu kelima.

BACA: Jerry Suara Viral Terkena Serangan Panik, Susah Nak Bernafas

Ekoran masalah kesihatannya itu, Jerry kemudian mendapatkan rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.

Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.





#Tarik Diri #Jerry #Suara Viral