Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Saya Keluar Secara Bermaruah" - Jerry Suara Viral Akui Masalah Kesihatan Jejas Persembahan

ZULHILMI JALIL
30/07/2020 02:01 MYT
Peserta Suara Viral Jerry merasakan bahawa masalah kesihatan yang dialaminya apabila sering terkena serangan panik sejak daripada konsert minggu kelima sedikit sebanyak memberi kesan kepada persembahannya.

Begitupun, Jerry yang tersingkir pada konsert separuh akhir yang bersiaran malam tadi memberitahu, dia sebenarnya sudah cuba melakukan sehabis baik.

"Sejujurnya, kawan-kawan dan orang semua kata yang 'aku nampak kau di final..kau top 4', tapi itu hanyalah kata-kata orang. Saya sendiri tak tak tahu percaturan ini.

"Lagipun, semua peserta semakin bagus. Mungkin impak daripada masalah kesihatan saya beri kesan pada persembahan minggu ketujuh.

"Saya rasa dah buat yang terbaik. Sekurang-kurangnya, saya keluar secara bermaruah," katanya kepada Gempak.

Siap @rodykristal main gitar masa @jerry.zakaria_official perform. Padu la. Bukan senang dapat tu. . Korang boleh undi Jerry sebagai Suara Viral Paling Gempak di www.gempak.com/suaraviral bermula jam 11 Malam ini. . #SuaraViral #SuaraViral2020 #BarulahOn

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Sebelum ini, Jerry dikatakan mengalami masalah kesihatan apabila terpaksa mendapatkan rawatan selepas terkena serangan panik.

BACA: Jerry Suara Viral Terkena Serangan Panik, Susah Nak Bernafas

Situasi itu juga membuatkan dia pernah terdetik untuk menarik diri daripada meneruskan penglibatannya dalam program realiti tersebut.

BACA: "Saya Hampir Nak Tarik Diri Sebab..." - Jerry Suara Viral

Dalam pada itu, kata Jerry lagi, biarpun perjalanannya dalam program realiti itu sudah terhenti, dia tetap kekal bersemangat untuk terus berada dalam industri muzik.

Bahkan, katanya dia juga merancang untuk muncul dengan sebuah single baharu.

Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.

Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.

#Jerry #Suara Viral #Serangan Panik