,
Suara Viral

Suara Viral: Bobby Tersingkir...Ini Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Konsert Minggu Ke-5

ZULHILMI JALIL
15/07/2020
15:01 MYT
Selepas empat minggu bertahan, peserta yang juga merupakan abang 'rider', Bobby akhirnya tersingkir di konsert minggu kelima Suara Viral malam tadi.
Bobby atau nama sebenarnya, Ahmad Anis Aznan Kamil, 32, menjadi peserta keempat tersingkir pada program realiti nyanyian itu.
Bobby yang membawakan lagu Dimanakan Ku Cari Ganti nyanyian asal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee itu terpaksa akur apabila berada di kedudukan paling corot minggu ini dengan markah 69.67 peratus.
Biarpun terdapat penyingkiran, buat julung kalinya, kesemua lapan juri duduk rumah kekal berada di hadapan skrin pada keseluruhan persembahan peserta.
Bertemakan Legenda, sekali lagi eksekutif pemasaran, Ameem berada di kedudukan teratas daripada tujuh peserta lain sama seperti minggu lalu.
Pada minggu ini juga, juri jemputan, penyanyi legenda, Datuk M. Nasir mengadili para peserta bersama dua orang juri tetap, Misha Omar dan Akim.
Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperolehi pada konsert minggu kelima beserta komen daripada para juri:
#1 Ameem (Senandung Semalam/ Alleycats): 81.57% "Kita semua sedia maklum yang suara awak sangat bagus. Hari ini awak sampaikan dengan perasaan yang tepat. Saya kagum dengan bakat yang awak ada." - Akim Ahmad
#2 Farah (Akhirnya Kini Pasti/ Anita Sarawak): 81.10% "Awak salah seorang peserta kegemaran saya. Cuma, lagu ini berentak fast, ada nyanyian kejap masuk dalam ritma, ada bahagian nota rendah suara awak tak keluar, mungkin kurang sokongan pernafasan" - Akim Ahmad
#3 Soffwany (Pengemis Cinta/ Ella): 78.53% "Kalau mahukan ekstra kena buat benda yang lebih menjiwai. Dari segi tone suara, range tu ada. Cuma, dari segi penampilan tak ada nampak satu yang baru, tapi anda boleh menyanyi" - Datuk M. Nasir
#4 Jerry (Penghujung Rindu/ Datuk Jamal Abdillah): 77.13% "Awak boleh menyanyi, tapi adakah awak penyanyi yang menarik? Dari segi teknikal okay, mungkin awak nyanyi dalam 70 peratus sahaja. Dinamik tone tak sampai 100 peratus" - Datuk M. Nasir
#5 Boy (Still Loving You/ Scorpions): 75.50% "Awak kenal pasti apa yang saya tegur, like 'hey I'm back'! Bila kita nyanyi lagu legenda, sebutan kena baik, jangan main-main lagu rock kena ada stamina tinggi." - Misha Omar
#6 Bella (Dia/ Datuk Sheila Majid): 75.27% "Hari ini awak bawa lagu ini sangat masuk, lebih-lebih lagi dengan band ni saya rasa sesuai dengan awak. Kalau ada peluang, boleh pilih dengan genre begini, selain saya nampak awak ada usaha menari dengan penari." - Akim Ahmad
#7 Bobby (Di Manakan Ku Cari Ganti/ Tan Sri P. Ramlee): 69.67% "Bukan tak boleh menyanyi tapi tak begitu mahir. Anda ada tone, tapi yang lain tu tak ada, penampilan gaya..lagu ni ada akrobatik, anda nyanyi lurus" - Datuk M.Nasir
Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.
Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.
Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bakal bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.
Dihoskan oleh Datuk Ac Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.
Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-hardest-singing-show

THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS

gempak
13/05/2024
08:55 MYT
Program The Hardest Singing Show telah memulakan siaran sulungnya malam tadi secara langsung dari CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur.
Drama

Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?

gempak
07/05/2024
04:55 MYT
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Drama

Penuh Dengan Konflik & Emosi, Ini Recap Minggu Raya Drama Takdir Itu Milik Aku

gempak
16/04/2024
09:55 MYT
Penuh dengan emosi dan konflik, drama Takdir Itu Milik Aku sekali lagi membuatkan penonton tidak senang duduk melihat nasib Dian yang terpaksa menempuhi pelbagai pancaroba semenjak mendirikan rumah tangga dengan Zarif.  Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap minggu raya drama Takdir Itu Milik Aku:  Dian Kehilangan Anak Kehil
Terkini

Recap i.D Episod 7: Aidi Zabran/Tengku Remy Diburu Polis!

gempak
12/04/2024
07:00 MYT
Hanya tinggal satu episod sahaja lagi sebelum siri drama premium terbitan Astro Shaw, i.D Swipe, Steal, Love ini bakal melabuhkan tirainya.
Hiburan

Khunsa: Sherry Ketuk Kepala Azhan Rani Pakai Senduk Kayu, Suami Jadi Bodoh Kena Sihir!

gempak
25/03/2024
04:25 MYT
Babak Sherry Alhadad ketuk kepala Azhan Rani dan tonyoh nasi dalam mulut pelakon lelaki itu tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.