Suara Viral
Suara Viral Program Nyanyian Pertama Tonjolkan Bakat Frontliners!
Sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac lalu, memang tak henti-henti golongan frontliners kita bertungkus-lumus nak memastikan kita semua ini berada dalam keadaan selamat.
Sama ada polis, tentera, bahkan sehingga ke golongan penghantar makanan, merekalah inilah pasukan barisan hadapan yang banyak berkorban masa dan tenaga demi kesejahteraan negara.
Namun, di sebalik uniform yang mereka sarungkan itu, sebenarnya, ada ramai dalam kalangan frontliners kita sendiri yang mempunyai bakat terpendam dalam bidang nyanyian.
Tak percaya? korang kena tengok program realiti terbaru, Suara Viral yang bakal bersiaran pada 17 Jun ini di saluran Astro Prima.
Menariknya, Suara Viral merupakan program realiti nyanyian pertama di negara ini yang mengetengahkan bakat nyanyian golongan frontliners.
Wah! Inilah masanya nak tengok gelagat sebahagian barisan petugas barisan hadapan menunjukkan 'taring' masing-masing di atas pentas.
Seramai 10 orang peserta terlibat iaitu Bobby (Rider), Soffwany (Polis), Azrul (Pegawai Lalu Lintas), Sulastrie (Polis), Farah (Tentera) Jerry (Setiausaha Pertahanan Awam), Boy (Krew Teknikal Audio), Farid (Jurutera Mekanikal), Ameem (Eksekutif) dan Bella (Eksekutif Perhubungan Awam).
Kesemua mereka ini terpilih dalam kalangan lebih 200 orang yang menghadiri sesi uji bakat.
Jadi, mereka inilah antara insan yang memang betul-betul padu suaranya!
Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bakal bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun ini, setiap Rabu pada pukul 9 malam.
Selain itu, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang bermula 15 Jun ini.
Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.