Skip to main content

Sudah 20 Tahun Menyanyi, Mawi Akui Masih Gementar - “Kalau Tak Ada Rasa Gugup, Itu Bukan Manusia”

Mawi nervous

Sekilas

  • Mawi mengakui masih rasa gugup sebelum membuat persembahan walaupun sudah lebih 20 tahun dalam industri seni.
  • Rasa gugup akan hilang selepas mula menyanyi dan beliau menasihatkan supaya sentiasa bertawakal dalam menghadapi situasi tersebut.
  • Program Mualim Muda yang menampilkan 10 peserta akan bersiaran mulai 19 Disember di Astro Oasis dan Astro Prima serta boleh distrim di Astro GO dan sooka.

Penyanyi, Mawi mengakui dirinya masih mempunyai rasa gugup ketika mahu membuat persembahan biarpun sudah lebih 20 tahun bergelar anak seni.

Menurut Mawi, perasaan gugup sebelum naik ke pentas merupakan satu perkara normal yang dialami oleh setiap penghibur.

Bagaimanapun, kata Mawi rasa gementar itu akan hilang sebaik sahaja persembahan dimulakan.

“Gugup itu perkara biasa. Kalau kita tak ada rasa gugup, itu bukan manusia. Saya walaupun sudah 20 tahun menyanyi, masih ada rasa gugup.

“Selagi tak naik pentas, selagi itu rasa gugup tu ada. Tapi bila dah naik pentas, saya buka satu atau dua bait lagu, secara automatiknya gementar itu akan hilang.

“Sebab kita dah mula ada ‘feel’ dengan lagu itu, sama juga dengan peserta Mualim Muda ini juga. Masuk memang rasa gementar tapi bila dah ‘masuk’ dengan penceritaan dan lakonan, benda itu akan hilang,” katanya ketika ditemui Gempak baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mawi berkata dia tidak mempunyai sebarang petua khusus untuk menghilangkan rasa gementar, sebaliknya menasihatkan agar sentiasa bertawakal.

“Saya pun tak ada tips apa-apa untuk hilangkan rasa gementar itu, cuma saya boleh cakap, berserah sahaja, tawakal dan semoga Allah permudahkan segala urusan,” ujarnya.

Minggu pertama Mualim Muda menyaksikan Zaimi, Saad dan Ashraf berada di kedudukan tiga terendah.

Bagaimanapun nasib menyebelahi mereka apabila tiada penyingkiran diumumkan.

Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga pelakon, Neelofa sebagai juri program. 

Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. 

Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.

Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat.

Mualim Muda yang dipilih adalah Iddin, 28, Zaimi, 22, Izzat, 34, Luqman, 29, Anas, 35, Ashraf, 28, Shamsul, 25, Iman, 25, Saad, 28, dan Amar, 31.

Antara tugasan teras dalam Mualim Muda ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi. 

Mualim Muda bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka. 

Program ini boleh strim program ini secara On Demand di Astro GO dan sooka.

Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. 

Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement