Skip to main content

Selebriti

Bakal Mulakan Kehidupan Baru Bersama, Linda Hashim Dakwa Diserang 'Penyondol' Beego - "Sejujurnya Saya Tidak..."

linda dan Beego

Pelakon, Linda Hashim tampil mendedahkan dirinya diserang oleh seorang wanita yang dipercayai merupakan skandal kepada suaminya, Beego.

Menurut Linda atau Norhazlinda Hashim berkata wanita tersebut memintanya untuk tidak menggangu Beego kerana ingin memulakan kehidupan baru bersama.

Advertisement

"Semalam kekasih dia mencari saya dan marah untuk tidak memberi harapan pada Beego sebab mereka ingin mulakan hidup baru.

"Sejujurnya saya tidak ingin tahu mengenai mereka. Saya cuma ingin selesaikan urusan mahkamah," katanya ketika ditemui Gempak.

Linda berkata demikian ketika menghadiri Tayangan Perdana Filem Hayya 3: Gaza di Pavillion Bukit Jalil pada Jumaat.

Lebih mengejutkan, Linda berkata kes ini bukan kali pertama dia terpaksa berdepan dengan kekasih gelap Beego dan ramai antara mereka yang datang mengadu masalah padanya selepas terjatuh di dalam perangkap Beego.

"Penyondol ni bila seronok lupa kat saya tapi bila dah kena batang hidung sendiri baru datang cari saya dan bagitahu masalah. Saya bukannya boleh tolong pun. Kami telah lama berpisah.

"Saya rasa macam terbeban bila penyondol ni datang cari saya. Perkara ini sangat menggangu saya sebab masalah saya sendiri dengan dia pun dah setahun tak selesai lagi," ujarnya.

Sementara itu, Linda menafikan dakwaan Beego yang menuduhnya  memfailkan taklik untuk segera berpisah dengannya.

"Kenyataan Beego ada cakap yang saya menggunakan taklik tu untuk melepaskannya. Tapi sebanarnya, saya tidak buat pun pada mulanya. Hakim sendiri yang suruh saya file taklik itu. Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang beri kenyataan pada Hakim.

"Kalau saya nak gunakan kes taklik tu baik saya file taklik dan fasakh pada awalnya. Tapi saya tetap pilih untuk failkan seksyen 47 sebab saya nak bercerai cara damai. Tapi dia yang ingin memanjangkan kes," tambahnya.

Sebelum ini, Linda dan Beego pernah bercerai pada 27 Mac 2023 namun telah merujuk semula pada 9 April 2023.

Bagaimanapun, mereka telah bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk kerana tiada persefahaman.

Sekadar rekod, pasangan selebriti itu pernah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, Anggun Cassandra dan Indah Camelia.



 

Must-Watch Video

Advertisement