Skip to main content

Sukan

Bukan Sekadar Duduk Sebelah Pemandu, Ini Tugas Sebenar Co-Driver Dalam…

Bukan Sekadar Duduk Sebelah Pemandu, Ini Tugas Sebenar Co-Driver Dalam…

Sekilas

  • Jurunavigasi dalam kereta rali bukan sekadar penumpang, tetapi bertanggungjawab membaca pace notes dan memberi arahan tepat kepada pemandu sepanjang perlumbaan.
  • Kepercayaan dan komunikasi antara pemandu dan jurunavigasi sangat penting untuk memastikan keselamatan dan kejayaan dalam perlumbaan rali.
  • Filem Terbang yang mengangkat kisah legenda rali Karamjit Singh akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada September ini, menonjolkan peranan penting jurunavigasi dalam sukan rali.
Advertisement

Ramai menyangka individu yang duduk di sebelah pemandu dalam kereta rali sekadar penumpang, namun hakikatnya mereka memikul antara tanggungjawab paling penting sepanjang perlumbaan.

Dikenali sebagai co-driver atau jurunavigasi, tugas mereka bukan sekadar menunjukkan arah, malah menjadi “mata kedua” kepada pemandu ketika jentera dipandu pada kelajuan tinggi.

Sepanjang perlumbaan, jurunavigasi akan membaca pace notes, iaitu catatan terperinci mengenai setiap selekoh, bukit, jambatan, laluan sempit dan pelbagai halangan yang bakal ditempuhi.

Semua maklumat itu akan disampaikan beberapa saat lebih awal supaya pemandu bersedia mengambil selekoh atau membrek pada masa yang tepat.

Lebih menarik, setiap pace notes mempunyai kod dan bahasa tersendiri yang hanya difahami oleh pasangan pemandu dan jurunavigasi.

Contohnya, nombor tertentu digunakan bagi menunjukkan tahap ketajaman selekoh, manakala arahan lain memaklumkan keadaan permukaan jalan atau bahaya di hadapan.

Kepercayaan antara kedua-dua individu itu juga menjadi kunci utama kejayaan sesebuah pasukan.

Pemandu perlu memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada jurunavigasi kerana pada kelajuan tinggi, mereka tidak sempat melihat sendiri setiap selekoh yang bakal dilalui.

Satu arahan yang lambat atau tersilap boleh menyebabkan kereta terbabas, terbalik atau menamatkan perlumbaan lebih awal.

Selain membaca pace notes, jurunavigasi turut bertanggungjawab mengurus masa perlumbaan, memastikan laluan yang betul diikuti serta membantu pemandu kekal fokus sepanjang perlumbaan yang boleh berlangsung sehingga beberapa hari.

fvfd

Sumber foto; GoToTheGrid

Advertisement


Disebabkan itu, ramai menganggap jurunavigasi sebagai wira tidak didendang dalam dunia rali kerana kejayaan seorang pelumba bukan hanya bergantung kepada kemahiran memandu, tetapi juga ketepatan setiap arahan yang diberikan dari tempat duduk penumpang.

Kehebatan hubungan antara pemandu dan jurunavigasi itu turut menjadi antara elemen utama yang dipaparkan dalam filem Terbang dan bakal memberi peluang kepada penonton memahami betapa pentingnya peranan individu di sebelah pemandu dalam sukan rali. 

Terbang mengangkat kisah legenda rali negara, Karamjit Singh.

Filem terbitan Astro Shaw ini dibarisi pelakon hebat seperti Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Diana Danielle dan Qasrina Karim.

Terbang dijangka menemui penonton di pawagam seluruh negara pada September ini.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Must Watch Video

Advertisement