Skip to main content
Advertisement

Viral

Didakwa Naik Jet Peribadi Pulang Ke Madrid, Christiano Ronaldo Tak Tinggalkan UAE

Astro Gempak c7

Sekilas

  • Kelab bola sepak Al Nassr mengesahkan Cristiano Ronaldo tidak meninggalkan Riyadh walaupun konflik perang di Timur Tengah memuncak.
  • Ronaldo sedang menerima rawatan intensif selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan yang menyaksikan Al Nassr menang 3-1 ke atas Al-Fayha.
  • Walaupun terdapat laporan jet peribadi Ronaldo berlepas ke Madrid, beliau masih menjalani latihan bersama pasukan dan dipantau rapi setiap hari.
Advertisement

Laporan mengatakan pemain bola sepak Christiano Ronaldo meninggalkan Arab Saudi bersama keluarganya selepas konflik perang Amerika Syarikat, Israel dan Iran memuncak sekaligus memberi kesan terhadap UAE adalah tidak benar.

Pengesahan tersebut dibuat oleh kelab bola sepak Al Nassr, lapor Yahoo Sports.

Advertisement

Menerusi laporan sama, Ronaldo tidak pernah meninggalkan Riyadh sejak perang memuncak pada Sabtu lalu termasuk berita wilayah itu diseran dron oleh Iran.

Ronaldo juga kita dilaporkan sedang menerima rawatan intensif selepas terlibat dengan kecederaan dalam aksi perlawanan yang menyaksikan Al Nassr menang 3-1 ke atas Al- Fayha.

“Ronaldo sedang menerima rawatan dan dipantau rapi setiap hari. Dia juga menjalani latihan bersama ahli pasukan yang lain,” ujar kenyataan yang dikeluarkan Saudi Pro League.

Advertisement

Terdahulu terdapat laporan mendakwa Ronaldo sekeluarga telah menaiki jet peribadinya yang bernilai sekitar RM320 juta untuk pulang ke Madrid selepas peperangan tercetus.

Data penjejakan penerbangan menunjukkan jet Bombardier Global Express milik Ronaldo berlepas dari Riyadh pada jam 8 malam dan mendarat di Madrid hampir jam 1 pagi, melengkapkan perjalanan hampir tujuh jam.

Ronaldo bukan satu-satunya individu yang dilaporkan berusaha keluar dari wilayah konflik sebaliknya ramai warga asing berbuat demikian untuk menyelamatkan diri.

Anda mungkin berminat dengan

Yonex Essentia 3 Collection Men's Training Tee 2965

Yonex Essentia 3 Collection Men's Training Tee 2965

SCVCN Cycling/Running Sunglasses 1 Lens for Unisex

SCVCN Cycling/Running Sunglasses 1 Lens for Unisex

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

Big Size [ 28-48 ] Seluar Lelaki Kerja Kargo | Straight Cut | Slack 6 Poket Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket Seluar

Big Size [ 28-48 ] Seluar Lelaki Kerja Kargo | Straight Cut | Slack 6 Poket Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket Seluar

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

【Ready Stock】FitYoga Women Yoga Pants Fitness Pants Legging for Running Yoga Sports Fitness

【Ready Stock】FitYoga Women Yoga Pants Fitness Pants Legging for Running Yoga Sports Fitness

Must Watch Video

Advertisement