Skip to main content

Sukan

Dirempuh Penjaga Gol Lawan, Penyerang Tenerife Meninggal Dunia Ketika Mendapatkan Rawatan

Dirempuh Penjaga Gol Lawan, Penyerang Tenerife Meninggal Dunia Ketika Mendapatkan Rawatan

Sekilas

  • Penyerang Tenerife, Jesus de Miguel, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius ketika perlawanan divisyen dua Sepanyol.
  • De Miguel cedera selepas bertembung dengan penjaga gol lawan, Jesus Owono, yang menerima kad merah akibat kekasaran tersebut.
  • Perlawanan Piala Sepanyol yang dijadualkan pada hari berikutnya ditangguhkan susulan kematian pemain itu.
Advertisement

Penyerang pasukan bola sepak Sepanyol, Tenerife iaitu Jesus de Miguel, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius ketika beraksi dalam perlawanan divisyen dua Sepanyol pada Isnin.

Jesus de Miguel mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dada selepas bertembung dengan penjaga gol lawan Jesus Owono sebelum pemain tersebut dilayangkan kad merah susulan kekasaran tersebut.

Advertisement

Insiden itu berlaku sewaktu Owono berlari ke arah bulatan tengah untuk menghalang bola jauh sebelum lututnya dilihat bertembung dengan De Miguel.

De Miguel kemudiannya terbaring kaku di atas padang ketika pasukan perubatan memberikan rawatan sebelum dia dibawa menaiki ambulans untuk ke hospital.

Kejadian tersebut ternyata memberi kesan kepada kedua-dua pasukan dengan beberapa rakan De Miguel dilihat menangis melihat keadaan penyerang iti.

Advertisement

Pengadil kemudiannya melayangkan kad merah terus kepada Owono sebelum menghentikan perlawanan.

Media Sepanyol, termasuk Marca, melaporkan De Miguel mengalami serangan jantung ketika berada di dalam ambulans dan berjaya diberikan bantuan resusitasi oleh petugas perubatan ketika dalam perjalanan ke hospital.

Keadaan De Miguel dilaporkan sebagai ‘stabil tetapi serius’ pada Isnin. Bagaimanapun, kesihatannya merosot pada pagi Selasa sebelum pemain kelahiran Sepanyol itu disahkan meninggal dunia pada pukul 7 pagi waktu tempatan.

Susulan kematian De Miguel, Persekutuan Bola Sepak Sepanyol mengumumkan bahawa perlawanan Piala Sepanyol yang dijadualkan berlangsung pada Selasa ditangguhkan.

Sumber: BBC

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement