Isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril memberi bayangan bahawa dirinya sudah lama tidak bertemu dengan anak mereka, Khalish Aryan.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Nur Syazwani meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap anak lelakinya itu serta berharap mereka akan dipertemukan tidak lama lagi.
“Mummy rindu Khalish, sabar ya sayang. Mummy yakin nanti kita akan jumpa,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, Nur Syazwani dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, pada jam 2.30 petang hari ini.
Advertisement
Dalam pada itu, dia turut mendedahkan bahawa ini bukanlah kali pertama dirinya diceraikan oleh Faisal.
Jelasnya, usaha untuk mempertahankan rumah tangga sudah dilakukan, namun terlalu banyak campur tangan pihak luar yang akhirnya menggugat kebahagiaan mereka.
Sekadar info, Faisal Halim dan Nur Syazwani mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019.