Skip to main content

Bola Sepak

Jurulatih Bola Sepak Pengsan Dua Isteri Bergaduh, Tarik Rambut Di Khalayak Umum

Jurulatih Bola Sepak Pengsan Dua Isteri Bergaduh, Tarik Rambut Di Khalayak Umum

Sekilas

  • Jurulatih bola sepak Mesir, Hossam Hassan, pengsan selepas dua isterinya bergaduh di sebuah kafe hotel mewah di Porto Marina.
  • Pertengkaran antara isteri pertama, Howaida Al-Gharbawi, dan madunya, Dina Mustafa, berakhir dengan Hassan menceraikan Howaida secara rasmi di Kaherah.
  • Peguam isteri kedua mendakwa konflik itu semakin serius dan anak guamnya menjadi mangsa serangan yang dirancang semasa percutian mereka.
Advertisement

Jurulatih bola pasukan kebangsaan Mesir, Hossam Hassan dilaporkan pengsan selepas dua isterinya bergaduh di khalayak umum.

Kekecohan tercetus apabila isteri pertama, Howaida Al-Gharbawi, dan madunya, Dina Mustafa atau Dan Adam terlibat dalam pertengkaran sebelum keadaan bertukar tegang apabila kedua-duanya saling menarik rambut di sebuah kafe hotel mewah di Porto Marina.

Advertisement

Beberapa ahli keluarga dan rakan cuba meleraikan mereka sebelum pengawal keselamatan tiba di lokasi.

Susulan kejadian itu, pengurus skuad Pharaohs tersebut didakwa menceraikan isteri pertamanya, Howaida.

Beliau telah menandatangani dokumen perceraian secara rasmi di pejabat pendaftar undang-undang di Kaherah.

Advertisement

Sementara itu, peguam kepada isteri kedua, Mohamed Shams berkata, mereka berharap konflik itu tidak berakhir dengan perceraian, namun keadaan semakin meruncing sehingga membawa kepada keputusan tersebut.

Shams turut mendakwa anak guamnya menjadi mangsa serangan yang telah dirancang ketika percutian di Porto Marina.

Sementara itu, Ahmed Hamad, peguam kepada keluarga Howaida enggan mengulas lanjut mengenai perpisahan tersebut.

Hassan berkahwin dengan Dan Adam pada 2015 ketika masih bergelar suami kepada Howaida. Mereka berpisah sementara pada 2022 sebelum kembali bersama.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Home Jersey Men Red JI7428

adidas Football Manchester United 25/26 Home Jersey Men Red JI7428

adidas Football Italy 26 Away Jersey Men Blue KC8704

adidas Football Italy 26 Away Jersey Men Blue KC8704

Harimau Malaya 2025 Jersey Youth

Harimau Malaya 2025 Jersey Youth

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Black by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Black by PUMA

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Must Watch Video

Advertisement