Skip to main content

Antarabangsa

Kahwini Ronaldo Di Ruang Tamu, Georgina Rodriguez Pakai Set Berlian Harga RM315 Juta

Kahwini Ronaldo Di Ruang Tamu, Georgina Rodriguez Pakai Set Berlian Harga RM315 Juta

Sekilas

  • Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez mengadakan majlis perkahwinan mewah di ruang tamu villa bernilai RM171 juta di Cascais.
  • Georgina memakai set berlian eksklusif Chopard bernilai RM315 juta, manakala mereka dan anak-anak tampil dengan fesyen Gucci.
  • Ronaldo memilih ruang tamu untuk majlis itu demi mencipta momen intim bersama keluarga, dengan rancangan mengadakan majlis bersama rakan taulan kemudian.
Advertisement

Meski melangsungkan perkahwinan di ruang tamu kediaman mereka, ia bukanlah sebuah majlis ‘biasa-biasa’.

Ironi, majlis perkahwinan pesohor sukan dunia, Cristiano Ronalda dengan Georgina Rodriguez boleh dikategorikan mewah kerana beberapa fakta ini.

Advertisement

Pertama, ruang tamu tersebut berada dalam sebuah villa mewah yang dianggarkan bernilai AS$40.5 juta (RM171 juta), terletak di kawasan Quinta da Marinha, Cascais.

Kedua, Rodriguez diketahui memakai set berlian eksklusif daripada Chopard yang jarang ditemui, bernilai sekitar AS$75 juta (RM315 juta).

Wanita itu dilihat memakai kalung “Garden of Kalahari”  yang dihiasi berlian potongan brilliant seberat 50 karat. Chopard menyifatkan  set barang kemas tersebut merupakan set paling bernilai yang pernah dihasilkan oleh jenama berkenaan.

Sementara ketiga, penampilan pengantin bersama anak-anak mereka antaranya dilengkapkan dengan fesyen daripada Gucci.

Dan bercakap tentang keputusan berkahwin di ruang tamu pada 11 Ogos lalu, sehari selepas mendaftar dan memeterai perjanjian perkahwinan di sebuah gereja di Lisbon, Ronaldo memberitahu kerana mereka ingin mencipta momen intim bersama anak-anak.

“Kami pilih ruang tamu dalam rumah kami kerana di sinilah kami sarapan, makan tengahari dan makan malam serta di sini adalah pusat realiti kehidupan kami,” ujar Ronaldo seperti dilaporkan Vogue.

Bintang bola sepak itu menambah: “Saya juga mahu pada 30 tahun akan datang, anak-anak mengingati  pernah terjadi peristiwa sangat penting dan indah di meja ini iaitu perkahwinan ibu dan bapa mereka.”

Malah Ronaldo juga menyifatkan perkahwinan di ruang tamu sebagai sebuah mimpi yang menjadi realiti.

“Ia seperti apa yang saya imaginasikan. Intim, penuh cinta dan paling penting kami raikan momen ini bersama keluarga,” katanya lagi.

Sementara itu, Rodriguez memberitahu memutuskan berkahwin di ruang tamu kerana sudah memiliki semua hal yang mewah.

“Istana, kereta mewah, pulau ; apa sahaja yang berkaitan dengan kemewahan semua kami telah dan mampu miliki.

“Namun sesuatu yang intim seperti ini, adalah sangat luar biasa buat kami,” katanya.

Ronaldo, 41, berkahwin dengan Rodriguez, 32, tepat pada sambutan ulang tahun ke-10 mereka hidup bersama selepas pertama kali bertemu di sebuah butik Gucci di Madrid pada 2016.

Sepanjang hidup bersama, pasangan ini memiliki dua orang anak yang dilahirkan Rodriguez dan tiga anak Ronaldo.

Bagaimanapun Ronaldo mengatakan mereka bakal mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang dihadiri oleh rakan taulan pada masa akan datang.

Anda mungkin berminat dengan

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

TAKKAN - Nata Bow Sandals/Low Heels (New Collections)

TAKKAN - Nata Bow Sandals/Low Heels (New Collections)

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

Must Watch Video

Advertisement