Skip to main content

Sukan

Lagenda Bola Sepak Itali & AC Milan, Franco Baresi Meninggal Dunia

Franco Baresi

Sekilas

  • Franco Baresi, bekas kapten AC Milan dan pasukan kebangsaan Itali, meninggal dunia pada usia 66 tahun selepas beberapa bulan dilaporkan kurang sihat.
  • AC Milan mengesahkan pemergian legenda bola sepak itu dan menyatakan penghormatan atas sumbangan serta integriti yang ditinggalkan dalam sejarah kelab.
  • Baresi mencatatkan 716 penampilan bersama AC Milan sepanjang 20 tahun dan merupakan sebahagian daripada skuad Itali yang memenangi Piala Dunia 1982.
Advertisement

Dunia bola sepak kehilangan seorang lagi legenda apabila bekas kapten AC Milan dan Itali, Franco Baresi dilaporkan meninggal dunia pada usia 66 tahun.

Berita mengenai pemergian pertahanan kental itu disahkan sendiri oleh AC Milan menerusi satu kenyataan di platform X pada Jumaat.

Advertisement

Difahamkan, Baresi sememangnya berada  dalam keadaan kurang sihat sejak beberapa bulan yang lalu.

“Seluruh pasukan AC Milan berkabung atas pemergian Franco Baresi. Kualiti serta integritinga akan kekal terpahat dalam DNA kelab ini, sama seperti jersi ikonik bernombor 6 miliknya.

“Ucapan takziah buat keluarga Franco Baresi turut dikongsi seluruh warga Rossoneri yang merasakan kehilangan ini sebagai kehilangan mereka sendiri,” kongsi AC Milan dalam satu kenyataan yang dibuat.

Sementara itu, pakar perpindahan bola sepak terkenal, Fabrizio Romano turut memberi penghormatan kepada Baresi dengan menyifatkannya sebagai seorang legenda sejati buat AC Milan, Itali serta dunia bola sepak.

Sekadar info, Sepanjang 20 tahun karier profesionalnya, Baresi setia bersama AC Milan dengan merekodkan 716 penampilan selain membantu kelab itu meraih pelbagai kejuaraan.

Dia juga pernah bergandingan dengan nama-nama besar seperti Marco van Basten, Frank Rijkaard dan Ruud Gullit.

Di pentas antarabangsa, Baresi merupakan sebahagian daripada skuad Itali yang menjulang Piala Dunia 1982.

Dia kemudiannya mengetuai pasukan ke final Piala Dunia 1994, namun gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika penentuan yang menyaksikan Brazil muncul juara.

Sumber: Goal.com

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement