Skip to main content

Bola Sepak

Manchester United Titip Doa Buat Mangsa Banjir - “Mohon Kekal Waspada, Jaga Diri Elok-Elok”

Manutd ucap selamat mangsa banjir

Sekilas

  • Manchester United mengucapkan sokongan dan doa kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir melalui Instagram rasmi mereka.
  • Pasukan itu mengingatkan orang ramai supaya kekal berwaspada dan menjaga keselamatan sepanjang musim hujan.
  • Banjir kini melibatkan sembilan negeri dengan jumlah mangsa meningkat kepada 13,921 orang setakat petang Isnin.

Kelab bola sepak dari England, Manchester United memberikan ucapan selamat kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan bencana banjir.

Menerusi Instagram rasmi milik pasukan terkenal itu berkata pihaknya sentiasa berada di belakang rakyat Malaysia.

“Manchester United bersama rakyat Malaysia! Kepada yang terjejas dengan banjir, semoga anda menempuhi cabaran ini dengan selamat.

“Kepada rakyat Malaysia, mohon kekal berwaspada pada musim hujan dan jaga diri elok-elok,” tulisnya.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata peminat kelab itu mengucapkan terima kasih atas ucapan tersebut.

Terdahulu, banjir yang melanda beberapa negeri terus bertambah buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 13,921 orang setakat jam 6 petang pada Isnin.

Pertambahan kes di Kuala Lumpur menjadikan sembilan negeri kini terjejas akibat bencana tersebut.

Must-Watch Video

Advertisement