Skip to main content

Sukan Lain

Miki Ghazali Tewaskan Wakil Tuan Rumah, Sumbang Pingat Emas Buat Negara

Miki Ghazali sumbang emas

Sekilas

  • Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar, petarung Muay Thai berusia 16 tahun, memenangi pingat emas acara lelaki 57kg di Sukan SEA Thailand 2025 selepas menewaskan wakil tuan rumah, Suphakon Sirilun.
  • Miki menang dengan keputusan 29-28 selepas memenangi dua pusingan pertama dan tewas pusingan ketiga, menunjukkan semangat tinggi walaupun lawan lebih berusia tujuh tahun.
  • Kemenangan ini membantu Malaysia mengumpul pingat emas ke-32 dan menampilkan aksi mantap Miki yang juga adik kepada bintang Muay Thai Johan ‘Jojo’ Ghazali Zulfikar.

Petarung Muay Thai Negara, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar, berjaya merangkul pingat emas bagi acara lelaki 57 kilgoram (kg) pada Sukan SEA Thailand 2025 selepa menewaskan wakil tuan rumah, Suphakon Sirilun hari ini.

Walaupun baru berusia 16 tahun, Mikail atau lebih mesra disapa Miki kelihatan begitu bersemangat berdepan lawan yang tujuh tahun lebih tua.

Sebagai bukti, Miki berjaya memenangi dua pusingan pertama 10-9 dan biarpun tewas 9-10 dalam pusingan ketiga, namun sudah cukup untuk atlet remaja itu memenangi emas dengan keputusan 29-28.

Sebelum ini, adik kepada bintang Muay Thai sensasi negara, Johan ‘Jojo’ Ghazali Zulfikar itu menampilkan aksi meyakinkan apabila menewaskan wakil Laos pada peringkat separuh akhir iaitu Thongbang Seuaphom menerusi serangan bertali arus yang memberi tekanan berterusan kepada lawan.

Kemenangan itu juga menunjukkan Miki berjaya membantu negara mengumpul pingat emas yang ke-32.

Must-Watch Video

Advertisement