Skip to main content

Sukan

Muat Naik Gambar Bersama, Faisal Halim & Isteri Sudah Berdamai? - “Rasa Macam Baru Kahwin…”

Faisal Berbaik

Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim menyorot perhatian ramai selepas memuat naik gambar bersama isteri, Nur Syazwani Mizuana Shahril dan anaknya Khalish Aryan.

Menerusi hantaran di Instagram story itu, Faisal berkongsi detik mesra sambil menulis ucapan ringkas "Alhamdulillah" dengan lagu "Sayang Sampai Mati" dendangan Repvblik dijadikan latar belakang.

Hantaran tersebut turut dikongsikan semula oleh Nur Syazwani di Instagram miliknya.

"Alhamdulillah. Maaf dan lupakan. Semoga Allah lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga. Sayang awak Faisal Halim. Rasa macam baru kahwin semula,” tulisnya. 

Terdahulu, Nur Syazwani dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor

Dalam pada itu, dia turut mendedahkan bahawa ini bukanlah kali pertama dirinya diceraikan oleh Faisal. 

Jelasnya, usaha untuk mempertahankan rumah tangga sudah dilakukan, namun terlalu banyak campur tangan pihak luar yang akhirnya menggugat kebahagiaan mereka.

Advertisement

Sekadar info, Faisal Halim dan Nur Syazwani mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019. 

Must-Watch Video

Advertisement