Skip to main content

Sukan

Nak Menang Bukan Setakat Tekan Minyak Saja, Ini Proses Paling Penting Dalam…

Nak Menang Bukan Setakat Tekan Minyak Saja, Ini Proses Paling Penting Dalam…

Sekilas

  • Recce atau reconnaissance adalah proses penting dalam rali di mana pemandu dan jurunavigasi memandu laluan perlumbaan sebelum hari sebenar untuk membuat catatan terperinci tentang selekoh dan keadaan jalan.
  • Catatan pace notes yang dihasilkan semasa recce membantu jurunavigasi memberi arahan tepat kepada pemandu semasa perlumbaan bagi mengelakkan kemalangan dan meningkatkan prestasi.
  • Sesi recce bukan untuk memecut, sebaliknya fokus kepada pengumpulan maklumat dengan had kelajuan ketat, menjadikannya persiapan wajib sebelum perlumbaan bermula.
Advertisement

Dalam dunia rali, perlumbaan sebenar sebenarnya bermula lebih awal sebelum kereta berada di garisan permulaan.

Proses dikenali sebagai reconnaissance atau lebih mesra dipanggil recce menjadi antara elemen paling penting yang menentukan sama ada sesebuah pasukan mampu menamatkan perlumbaan atau sekadar pulang dengan tangan kosong.

Berbeza dengan perlumbaan litar yang menggunakan trek sama berulang kali, laluan rali selalunya melalui jalan awam, hutan, bukit dan kawasan berbatu yang hanya ditutup ketika hari perlumbaan.

Disebabkan itu, setiap pasukan diberi peluang melakukan recce, iaitu memandu melalui laluan khas beberapa hari sebelum perlumbaan bagi mengkaji setiap selekoh, permukaan jalan dan potensi bahaya.

Sepanjang sesi tersebut, pemandu dan jurunavigasi (co-driver) akan menghasilkan pace notes, iaitu catatan terperinci mengenai setiap selekoh, jarak, perubahan ketinggian, permukaan jalan serta lokasi yang memerlukan perhatian.

Catatan itulah yang kemudiannya dibaca oleh jurunavigasi ketika perlumbaan berlangsung bagi membantu pemandu membuat keputusan dalam hanya beberapa saat.

Tanpa pace notes yang tepat, pemandu seolah-olah memandu dalam keadaan ‘buta’, meningkatkan lagi risiko terbabas atau mengalami kemalangan.

Namun, sesi recce bukanlah peluang untuk memecut.

Malah, terdapat had kelajuan yang ketat sepanjang proses tersebut kerana tujuan utama adalah mengumpul maklumat dan bukannya menguji kemampuan kereta.

Atas sebab itu juga, ramai menganggap recce sebagai ‘homework’ yang wajib setiap pasukan rali sebelum perlumbaan bermula.

Lebih teliti sesi recce dilakukan, lebih tinggi peluang sesebuah pasukan mengharungi laluan mencabar dengan yakin dan pantas.

Dunia rali serta kepentingan proses recce turut diketengahkan dalam filem Terbang.

Terbang mengangkat kisah legenda rali negara, Karamjit Singh.

Filem terbitan Astro Shaw ini dibarisi pelakon hebat seperti Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Diana Danielle dan Qasrina Karim.

Terbang dijangka menemui penonton di pawagam seluruh negara pada September ini.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Must Watch Video

Advertisement