Skip to main content

Viral

Pesan Isteri Jangan Dengar Mulut Orang, Faisal Halim: “Daddy Love You Mommy”

faisalhalim

Daddy love you mommy," kata pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim kepada isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahri.

Itu antara kenyataan dituturkan Faisal yang lebih mesra disapa Mickey selepas aksi Piala FA menentang Malaysian University, lapor Berita Harian.

Advertisement

Malah, Faisal turut mengaku kemelut rumah tangga yang melandanya itu sudah selesai sekali gus melontarkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakannya.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan saya sudah kembali macam biasa dengan isteri saya. Tiada apa yang nak pening-pening kepala jadi saya bersyukur sangat semua dipermudah.

Kepada isteri saya, jangan dengar mulut orang sangat. Kita kekal dengan keluarga kita dan perbaiki mana yang kurang," katanya.

Justeru, Faisal menegaskan kini beliau boleh meneruskan fokus terhadap kerjaya bola sepaknya.

Dari kecil saya mahu menjadi pemain terbaik dan profesional. Jadi saya tidak mahu jadikan perkara ini sebagai kejatuhan dan kelemahan.

"Sebenarnya sudah lima bulan tidak berapa okay tetapi ia tidak menjejaskan prestasi saya kerana apa yang berlaku di luar padang, saya tidak bawa masuk ke dalam padang.

"Tetapi perkara ini jadi kecoh dan tidak boleh lari, jadi terima kasih pada yang mendoakan. Kini waktu untuk saya fokus dan menunjukkan prestasi yang lebih baik," katanya.

Sebelum ini, rumah tangga Faisal kembali ceria apabila dia memuat naik gambar bahagia bersama keluarga tercinta di laman sosial.

Menerusi perkongsian di InstaStory, Faisal berkongsi detik mesra sambil menulis ucapan ringkas "Alhamdulillah" dengan lagu "Sayang Sampai Mati" dendangan Repvblik dijadikan latar belakang.

Foto itu memperlihatkan Faisal memeluk erat Syazwani dan anak lelaki mereka, Khalish Aryan.

Terdahulu, Nur Syazwani pernah memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. - BERITA HARIAN

Must-Watch Video

Advertisement