Skip to main content

Viral

Piala Dunia 2026: Jadi Individu Paling Dibenci, Hong Myung Bo Dilarang Masuk Kedai Di Korea Selatan

ASTRO GEMPAK Hong Myung Bo

Sekilas

  • Mantan jurulatih Korea Selatan, Hong Myung Bo, kini menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas pasukan kendaliannya gagal layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026.
  • Kemarahan peminat memuncak sehingga beberapa premis seperti restoran dan pasaraya memasang papan tanda larangan untuk Myung Bo masuk.
  • Myung Bo meletakkan jawatan selepas Korea Selatan menamatkan peringkat kumpulan dengan satu kemenangan dan dua kekalahan, menamatkan harapan skuad Son Heung Min untuk mara lebih jauh.
Advertisement

Jangan main-main dengan harapan dan betapa fanatiknya peminat bola sepak terutama apabila membabitkan perlawanan besar seperti Piala Dunia. Inilah situasi kritikal yang sedang dilalui mantan jurulatih pasukan bola sepak Korea Selatan, Hong Myung Bo.

Myung Bo kini menjadi individu paling dibenci rakyat Korea Selatan selepas pasukan kendaliannya gagal lolos dalam pusingan kumpulan baru-baru ini.

Advertisement

Selain menerima ugutan, cacian dan ‘dihalau keluar’, Myung Bo juga ‘diserang’ di lapangan terbang oleh peminat yang cukup berang dengan persembahan pasukan bola sepak tersebut.

Terkini, kemarahan terhadap Myung Bo diluapkan dengan cara yang tidak biasa. Menerusi foto yang tersebar di media sosial Reddit, beberapa restoran, kedai malah pasaraya memasang papan tanda melarang Myung Bo melangkah masuk ke premis mereka, lapor media tempatan.

Kemarahan dan kebencian rakyat terhadap Myung Bo bermula selepas Korea Selatan tersingkir dari Piala Dunia 2026 usai tewas dengan Afrika Selatan,  0-1.  Myung Bo yang juga bekas pertahanan pasukan kebangsaan Korea Selatan meletakkan jawatan, semalam selepas Korea Selatan menamatkan peringkat kumpulan dengan satu kemenangan dan dua kekalahan, sekali gus memusnahkan harapan skuad yang diketuai Son Heung Min untuk mara lebih jauh.

Korea Selatan tersingkir selepas gagal layak ke pusingan kalah mati sebagai salah satu daripada lapan pasukan tempat ketiga terbaik di peringkat kumpulan kejohanan itu.

Untuk rekord, Korea Selatan pernah layak ke separuh akhir Piala Dunia 2002 di bawah bimbingan Guus Hiddink. Mereka menumbangkan pasukan gergasi seperti Itali dan Sepanyol sebelum menamatkan kejohanan di tempat keempat.

Ia juga menjadi pasukan Asia yang paling banyak layak ke pusingan akhir Piala Dunia termasuk mara ke peringkat kalah mati (16 terakhir) buat kali ketiga dalam sejarah sebelum ditewaskan oleh Brazil pada Piala Dunia 2022.

Anda mungkin berminat dengan

Under Armour Men's UA ArmourVent Camper Hat

Under Armour Men's UA ArmourVent Camper Hat

PUMA Unisex ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots (Blue)

PUMA Unisex ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots (Blue)

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Stoned World Cup Series : Argentina

Stoned World Cup Series : Argentina

Nike Youth Unisex Everyday Cushioned Crew Socks (6 Pairs) - Multi-Color [CK7302-906]

Nike Youth Unisex Everyday Cushioned Crew Socks (6 Pairs) - Multi-Color [CK7302-906]

adidas Lifestyle ADIDAS PrimeLift BACKPACK Unisex Beige KE3784

adidas Lifestyle ADIDAS PrimeLift BACKPACK Unisex Beige KE3784

Must Watch Video

Advertisement