Skip to main content

Sukan

Piala Dunia 2026: Prestasi Hambar Ronaldo Cetus Persoalan, Portugal Seri 1-1 Dengan Dr Congo

[TB] Cristiano Ronaldo Portugal REUTERS

Sekilas

  • Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, gagal memanfaatkan peluang terbaik dalam perlawanan Kumpulan K Piala Dunia 2026 yang berakhir seri 1-1 dengan DR Congo.
  • Jurulatih Roberto Martinez mempertahankan Ronaldo dan menegaskan pengalaman serta peranan pemain itu masih penting dalam skuad walaupun prestasinya kurang meyakinkan.
  • Perdebatan mengenai peranan Ronaldo dalam pasukan Portugal terus berlanjutan, walaupun rekod gol antarabangsa beliau masih mengagumkan.
Advertisement

Prestasi kurang meyakinkan kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, ketika seri 1-1 menentang Republik Demokratik Congo (DR Congo) dalam aksi Kumpulan K Piala Dunia 2026 mencetuskan persoalan mengenai peranan semasanya dalam skuad kebangsaan.

Penyerang berusia 41 tahun itu, yang membuat penampilan keenam di pentas Piala Dunia - rekod yang turut dikongsi Lionel Messi gagal memanfaatkan dua peluang terbaik pada babak kedua apabila percubaannya dari jarak dekat tersasar.

Advertisement

Portugal terpaksa berpuas hati dengan satu mata, manakala DR Congo mencatat penampilan pertama di Piala Dunia selepas penantian lebih lima dekad.

Kegagalan Ronaldo menyempurnakan peluang itu turut mengundang reaksi kecewa dalam kalangan rakan sepasukan, termasuk Bruno Fernandes yang berada dalam posisi lebih baik ketika salah satu peluang tersebut tercipta. 

Statistik perlawanan juga menunjukkan Ronaldo hanya melakukan 25 sentuhan, paling sedikit dalam kalangan pemain Portugal yang beraksi lebih 45 minit.

Jurulatih Portugal, Roberto Martinez bagaimanapun mempertahankan pemain itu dan menegaskan Ronaldo tidak menerima sokongan mencukupi daripada rakan sepasukan.

“Kami perlu memanfaatkan semua pemain di atas padang. Penyerang utama perlu berada berhampiran kawasan enam ela dan kami harus menghantar bola kepadanya,” katanya.

Martinez turut menolak cadangan untuk mengeluarkan Ronaldo, sambil menegaskan pengalaman pemain itu masih penting buat pasukan.

“Tidak masuk akal untuk mengeluarkan penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak antarabangsa ketika pasukan memerlukan gol. 

"Pengalaman Cristiano di dalam kotak penalti serta keupayaannya menarik perhatian pertahanan lawan memberi ruang kepada pemain lain,” katanya lagi.

Perdebatan mengenai peranan Ronaldo - sama ada sebagai pemain utama atau sekadar pilihan alternatif bukan perkara baharu dalam skuad Portugal. 

Walaupun usia semakin meningkat, rekod 143 gol dalam 229 penampilan antarabangsa terus meletakkan beliau sebagai antara pemain paling berpengaruh dalam sejarah bola sepak dunia.


Sumber: Astro AWANI

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement