Skip to main content

Berita

Piala Dunia 2026: Ronaldo Pesan Tim Portugal Jangan Fikir Jadi Juara: “Menang, Kalah Ada Banyak Faktor, Yang Penting…”

Astro Gempak ronaldo (4)

Sekilas

  • Pasukan Portugal akan membuka kempen Piala Dunia 2026 menentang Kongo pada 18 Jun, diikuti perlawanan menentang Uzbekistan dan Colombia dalam Kumpulan K.
  • Cristiano Ronaldo menekankan pentingnya permulaan yang baik dan fokus pada setiap perlawanan tanpa terlalu memikirkan kemenangan awal.
  • Ronaldo juga menyatakan bahawa kekuatan mental dan fizikal adalah kunci untuk menentukan juara sebenar dalam kejohanan ini.
Advertisement

Demam Piala Dunia 2026 melanda dan salah satu pasukan bola sepak daripada 48 pasukan terbaik yang memiliki ramai peminat serta diberi harapan cukup tinggi untuk membawa kejuaraan pada temasya kali ini adalah pasukan Portugal.

Berbanding memikirkan bakal jadi juara, pemain penting mereka, Cristiano Ronaldo lebih suka pasukannya memberi fokus untuk memberi aksi yang baik pada perlawanan pembukaan.

Advertisement

AP melaporkan Ronaldo berkata: “Adalah sangat penting untuk memulakan pertandingan dengan permainan yang baik pada perlawanan pertama dan seterusnya pada pusingan kumpulan.

“Kemudian kita fokus kepada perlawanan demi perlawanan tanpa jangkaan untuk menang. Kita lalui langkah demi langkah.

“Apa yang penting adalah permulaan yang baik.”

Mengikut jadual, Portugal yang berada dalam Kumpulan K akan menentang Kongo menerusi perlawanan pertama yang dijadual berlangsung pada 18 Jun diikuti Uzbekistan, 23 Jun dan Colombia 27 Jun di Miami.

Bintang berusia 41 tahun yang akan bermain dalam temasya sama buat kali keenam bersama ‘musuh’nya, Lionel Messi yang mewakili Argentina juga memberitahu, ‘menang’ bagi pemain adalah fizikal dan mental yang baik sepanjang perlawanan berlangsung.

“Apabila seseorang mampu bertahan dari segi mental dan fizikal apabila perlawanan semakin sengit, pada waktu itu kita akan ketahui siapa juara sebenar,” katanya lagi.

Dałam temu bual sama, Ronaldo memberitahu Portugal menjalani latihan dengan sangat ketat dan produktif menjelang Piala Dunia 2026.

Namun katanya, meski melakukan persiapan rapi ada faktor yang tidak dapat dikawal terutama soal kalah atau menang dalam sesebuah pertandingan.

“Kami memiliki generasi pemain yang baik. Namun ada faktor yang kita tidak boleh kawal. Menang atau kalah, semua bergantung kepada banyak faktor.

“Apapun yang penting adalah generasi pemain ini membuat rakyat Portugal gembira,” katanya yang kini bermain untuk kelab di Arab Saudi.

Untuk rekod, ini merupakan kali ke-sembilan Portugal tampil dalam Piala Dunia. Portugal memenangi tempat ketiga pada tahun 1966 dan keempat pada 2006 sewaktu Ronaldo membuat penampilan sulung.

Pada 2022, mereka berjaya masuk ke pusingan suku akhir selepas tewas di tangan Maghribi dengan 1-0.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football PREDATOR CLUB Fold-Over Tongue Firm Ground/Multi Ground Football Boots Unisex Pink HQ2273

adidas Football PREDATOR CLUB Fold-Over Tongue Firm Ground/Multi Ground Football Boots Unisex Pink HQ2273

Nike One Women's High-Waisted Flared Leggings - Black [IB9136-010]

Nike One Women's High-Waisted Flared Leggings - Black [IB9136-010]

Puma Unisex Adults Puma Shoe Care Suede 19 (Black/White) - Sports Direct One Size

Puma Unisex Adults Puma Shoe Care Suede 19 (Black/White) - Sports Direct One Size

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football F50 League Firm/Multi-Ground Boots Unisex White IE0601

adidas Football F50 League Firm/Multi-Ground Boots Unisex White IE0601

Must Watch Video

Advertisement