Skip to main content

Gaya Hidup Wanita

RM10,000 Menanti Juara, 12 Pasukan Terbaik Berentap Di Final Liga Bola Jaring Pahang 1st

ASTRO GEMPAK bolajaringpahang

Sekilas

  • Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya menghimpunkan 42 pasukan dari seluruh negeri dengan 12 pasukan terbaik layak ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 3 hingga 5 Julai 2026 di Stadium Tertutup SUKPA.
  • Program ini bertujuan memperkukuh pembangunan sukan bola jaring serta memperluaskan penyertaan wanita dan remaja perempuan dalam sukan yang tersusun dan inklusif.
  • Pelbagai aktiviti komuniti diadakan sepanjang kejohanan, dengan hadiah wang tunai sehingga RM10,000 untuk juara peringkat akhir dan sasaran lebih 3,000 peminat bola jaring hadir di peringkat akhir.

Liga Bola Jaring Pahang 1st yang julung kali dianjurkan berjaya menghimpunkan 42 pasukan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri, sekali gus menjadi platform pembangunan sukan massa, sukan kompetitif dan sukan komuniti yang lebih inklusif.

Liga Bola Jaring Pahang 1st dianjurkan dengan penyertaan terbuka kepada semua warga yang berdaftar di DUN masing-masing tanpa mengira status pemain.

Daripada 42 pasukan yang bertanding di peringkat awal, hanya 12 pasukan terbaik yang muncul juara dan pemenang utama di peringkat zon berjaya melayakkan diri ke saingan akhir.

Peringkat akhir atau Zon Perdana kejohanan itu akan berlangsung pada 3 hingga 5 Julai 2026 di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota.

Terdahulu, kejohanan tersebut berlangsung di tiga lokasi iaitu Zon Tengah di Arena Yan Tengku Muda Pahang pada 6 hingga 7 Jun, Zon Timur di Kompleks Komuniti Pekan pada 13 hingga 14 Jun dan satu lagi Zon Tengah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Raub pada 20 hingga 21 Jun 2026.

Presiden Persatuan Bola Jaring Pahang merangkap Penasihat Program, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, berkata penganjuran liga tersebut bertujuan memperkukuh pembangunan sukan bola jaring di negeri ini selain memperluaskan penyertaan wanita dan remaja perempuan dalam aktiviti sukan yang tersusun.

“Liga Bola Jaring Pahang 1st diwujudkan sebagai platform pembangunan sukan massa, sukan kompetitif dan sukan komuniti yang inklusif serta menyeluruh. Penganjuran berskala besar ini membuka ruang kepada wanita dan remaja perempuan untuk aktif dalam sukan yang berstruktur, sekali gus menyokong agenda pembangunan wanita dari aspek kesihatan, kepimpinan, keyakinan diri dan keterlibatan sosial,” katanya.

Beliau berkata, sambutan yang diterima amat memberangsangkan memandangkan ia merupakan penganjuran kali pertama.

“Penyertaan bukan sahaja melibatkan atlet, pelajar sekolah, pendidik, jurulatih dan pengadil, malah turut disertai komuniti setempat yang bersama-sama memeriahkan program ini,” katanya.

Menurut beliau, pihak penganjur menyasarkan lebih 3,000 peminat bola jaring akan membanjiri Stadium Tertutup SUKPA sepanjang berlangsungnya peringkat akhir nanti.

“Kami optimis lebih 3,000 peminat bola jaring akan berkumpul di Stadium Tertutup SUKPA pada peringkat Zon Perdana. Melihat kepada sambutan yang diterima tahun ini, kami juga berhasrat untuk meneruskan penganjuran program yang sama pada tahun hadapan,” katanya.

Selain pertandingan liga bola jaring, pelbagai aktiviti komuniti diadakan di setiap lokasi termasuk program Walking Netball khusus untuk penggiat bola jaring berusia 50 tahun ke atas serta Cabaran Tiga Hantaran Jaringan.

Bagi saingan peringkat zon, pasukan yang berjaya merangkul kejuaraan membawa pulang wang tunai RM7,000 berserta pingat, manakala naib juara menerima RM5,000, tempat ketiga RM3,000 dan tempat keempat RM2,000.

Untuk peringkat akhir Liga Bola Jaring Pahang 1st, juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, diikuti naib juara RM7,000, tempat ketiga RM5,000 dan tempat keempat RM3,000.

Sementara itu, pertandingan Walking Netball yang melibatkan 14 pasukan mewakili setiap Parlimen di Pahang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 kepada juara, RM4,000 kepada naib juara, RM3,000 bagi tempat ketiga dan RM2,000 untuk tempat keempat.

Anda mungkin berminat dengan

Men's sleeveless fitness clothing elegant and easy student cotton tank top Korean sports style solid color suitable for summer wear breathable black white gray plus size

Men's sleeveless fitness clothing elegant and easy student cotton tank top Korean sports style solid color suitable for summer wear breathable black white gray plus size

adidas Football Germany 26 Backpack Unisex Black KC6689

adidas Football Germany 26 Backpack Unisex Black KC6689

adidas Football Spain 26 Home Youth Jersey Unisex Red JZ5757

adidas Football Spain 26 Home Youth Jersey Unisex Red JZ5757

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

【Ready Stock】FitYoga Women Yoga Pants Fitness Pants Legging for Running Yoga Sports Fitness

【Ready Stock】FitYoga Women Yoga Pants Fitness Pants Legging for Running Yoga Sports Fitness

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video

Advertisement