Skip to main content

Sukan

Subkhiddin Kongsi ‘Payment’ Diterima Semasa Piala Dunia 2010 - “Bolehlah Buat Dua Buah Rumah”

Subkhiddin

Sekilas

  • Subkhiddin Mohd Salleh adalah pengadil Malaysia pertama yang mengadili perlawanan di Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
  • Bayaran untuk pengadil pada kejohanan itu diberikan secara 'lump sum' bersama elaun harian sepanjang tempoh berada di sana, bukan mengikut perlawanan.
  • Jumlah bayaran yang diterima Subkhiddin cukup lumayan sehingga beliau mampu membina dua buah rumah daripada pendapatan tersebut.
Advertisement

Pengalaman menjadi pengadil dari Malaysia pertama di Piala Dunia 2010 merupakan detik paling bermakna buat bekas pengadil kebangsaan iaitu Subkhiddin Mohd Salleh.

Berkongsi mengenai pengalamannya yang terbang jauh ke Afrika Selatan ketika itu, Subkhiddin memaklumkan bahawa sistem bayaran bagi kejohanan berprestij itu tidak diberikan mengikut setiap perlawanan seperti kebiasaannya.

Advertisement

Sebaliknya, ia dibayar secara ‘lump sum’ bersama elaun harian sepanjang tempoh dirinya berada di sana.

“Untuk Piala Dunia 2010 tiada bayaran untuk setiap perlawan tapi kami menerima bayaran ‘lump sum’ keseluruhan dan elaun harian.

“Untuk elaun harian, dikira daripada bila kita ada di sana sampailah kita balik,” jelasnya.

Subkhiddin berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sedi podcast Kampung Cast yang dikendalikan pempengaruh TikTok, Nasseb Ali atau lebih dikenali sebagai @refereekampung.

Ditanya mengenai jumlah bayaran yang diterima, Subkhiddin memberi gambaran bahawa ia begitu lumayan sehinggakan mampu untuk membina dua buah rumah.

“Untuk saya waktu itu bayarannya bolehlah nak buat (bina) dua buah rumah,” kongsinya.

Sekadar info, Subkhiddin menjadi pengadil Malaysia pertama yang berjaya menjadi salah seorang pengadil bagi mengadili perlawanan di temasya Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement