Sekilas
- Datuk Mohd Azizulhasni Awang berjaya meraih pingat emas dalam acara final keirin di Sukan Asia Aichi-Nagoya.
- Azizulhasni menewaskan pesaing dari China, Li Zhiwei, dengan catatan masa 10.330 saat.
- Ini merupakan penampilan terakhir Azizulhasni di Sukan Asia dan pingat ke-3 beliau dalam acara keirin selepas 2010 dan 2018.
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul pingat emas dalam acara final keirin, Sukan Asia Aichi-Nagoya di Velodrom Izu, sebentar tadi.
Henjutan saat akhir The Pocket Rocketman itu memastikan dia meraih emas menewaskan pencabar terdekat dari China, Li Zhiwei, dengan catatan masa 10.330s.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara,Shah Firdaus Sahrom, menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan catatan masa 10.678s.
Untuk rekod, dilaporkan ini merupakan pentas terakhir Azizulhasni di Sukan Asia.
Ini merupakan pingat ketiga dalam acara keirin selepas menang emas dalam edisi Guangzhou pada 2010, gangsa di Jakarta pada 2018. - Stadium Astro