Sekilas
- Emylia Mia Ghazali menang pingat emas muay thai wanita kategori 42-45 kg di SUKMA Selangor 2026.
- Dia mewakili Sarawak dan menewaskan wakil Johor, Damia Husna Azian, dengan keputusan 34-33.
- Kemenangan Mia melengkapkan legasi emas keluarga Ghazali dalam sukan muay thai SUKMA sejak 2022 hingga 2026.
Petinju muda, Emylia Lynn Ghazali menyatakan rasa syukur selepas menjuarai acara muay thai wanita kategori 42-45 kilogram (kg) pada SUKMA Selangor 2026.
Menerusi perkongsian di Insta Stories, Mia memuat naik foto merakamkan dirinya sedang tersenyum manis sambil memegang pingat emas.
“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Mia yang mewakili Sarawak telah menewaskan wakil Johor, Damia Husna Azian, 34-33 dalam pertarungan sengit yang hanya dipisahkan satu mata.
Kemenangan Mia itu sekaligus melengkapkan legasi koleksi emas keluarga Ghazali di dalam arena muay thai SUKMA selepas Elias Ghazali dan Johan Ghazali masing-masing meraih emas pada edisi 2022.
Manakala Miki Ghazali kemudiannya menambah koleksi pingat emas keluarga mereka pada SUKMA 2024.