Skip to main content

Sukan

Tepati Ramalan! JDT Juara Piala FA Empat Kali Berturut-Turut, Tewaskan Sabah 5-0

JDT

Sekilas

  • JDT mengekalkan kejuaraan Piala FA 2025 selepas menewaskan Sabah 5-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • Kemenangan ini merupakan kejuaraan Piala FA keempat berturut-turut buat JDT.
  • JDT menguasai permainan sejak awal dengan jaringan awal dari Jonathan Silva dan terus menambah gol sehingga menutup perlawanan.

Pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan apabila mengekalkan kejuaraan Piala FA 2025 dengan menewaskan pasukan Sabah di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Ahad.

Kemenangan lima gol berbalas kosong itu merupakan kejuaraan kali keempat berturut-turut buat JDT bagi pertandingan tersebut.

JDT dilihat agresif apabila terus-menerus mengasak ke kubu pertahanan Sabah sejak dari minit pertama permainan.

Asakan itu membuahkan hasil apabila anak buah Xisco Munoz itu berjaya mendapatkan jaringan pertama pada minit kelapan menerusi tandukan Jonathan Silva.

JDT kemudiannya terus selesa dengan jaringan daripada Hidalgo sebelum Jairo membuktikan ketajamannya untuk menutup babak pertama dengan jaringan 3-0.

Masuk babak kedua, JDT yang menguasai permainan terus selesa apabila Arribas dan Hidalgo menambah duka buat pasukan Sabah yang bermain dengan 10 orang sekaligus merangkul gelaran juara.

Untuk rekod, bagi saingan musim lalu, JDT merekodkan kejuaraan hattrik selepas menewaskan pasukan Selangor dengan keputusan 6-1.

Must-Watch Video

Advertisement